Bismillahirrahmanirrahim بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَ
اللهم صلى على سيدنا محمد وعلى آله واصحابه وسلم
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَ بَرَكَا تُه
14 Safar 1444H | 11 September 2022
Salam & selamat berhujung minggu. Jangan terkejut dengan entri tiba-tiba Yaya ni. Dahla lama blog tak update, bila update tiba je keluar entri pasal mati.
Saja Yaya kongsi sebab tengah buka laptop nak buat kerja sikit sambil cuci mata tiup habuk sikit kat blog yang lama ditinggal ni 😅
#jomAmalkan
Kehidupan kita akan lebih baik bilamana :
1. BANGUN daripada tidur SEBELUM SUBUH dan sempat menunaikan SOLAT SUNAT TAHAJJUD walaupun cuma 2 rakaat.
2. Tunaikan SOLAT SUNAT SEBELUM (qabliyyah) SUBUH kerana ianya lebih baik daripada dunia dan seisinya.
3. BACA AL-QURAN walaupun cuma 1 muka surat. Tetapi, semakin banyak dibaca, semakin banyak bahagia yang akan dipertemukan. Maka memilihlah.
4. SEDEKAH walaupun cuma RM 1. Sedikit di pandangan kita, tetapi tidak di sisi Allah.
5. TIDAK TIDUR selepas subuh.
6. TIADA IRI HATI melihat orang lain.
7. MENDOAKAN KEBAIKAN juga kebahagiaan orang lain kerana doa itu akan berbalik semula pada kita.
8. PERCAYA bahawasanya pada setiap percaturan hidup adalah yang terbaik kerana ianya disusun oleh Yang Maha Berkuasa.
9. SOLAT SUNAT DHUHA biarpun cuma 2 rakaat kerana ia hak tubuh.
10. ISTIGHFAR sekurangnya 100 kali.
11. SELAWAT sekurangnya 10 kali di waktu pagi dan petang.
12. TAAT ibubapa.
13. Solat di AWAL WAKTU.
14. HARGAI dengan apa yang ada.
Wallahua'lam. Sekian #yayakongsi. Semoga bermanfaat. Sama2 kita amalkan segala perkara mahupun amal ibadah yang baik. Moga Allah bantu untuk meluruskan niat kita setiap masa. Aamiin Allahumma Aamiin
Setiap hari yang datang
adalah hari yang berharga.
Semoga kita senantiasa berada dalam
rahmat, taufik dan hidayah Nya
طَلَبُ الْعِلْمِ فَرِيضَةٌ عَلَى كُلِّ مُسْلِم
“Mencari ilmu adalah kewajiban bagi setiap Muslim.”
(HR. Ibnu Majah)
رَبِّ اغْفِرْ لِيْ وَلِوَالِدَيَّ وَارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِيْ صَغِيْرًا
Ya Allah, ampunilah aku dan kedua orang tuaku, serta berilah rahmat kepada kedua-duanya,
sebagaimana mereka mendidikku pada waktu kecil.
Aamiin
Jom Selawat!! 💕
۞اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ۞
۞اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ۞
۞اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ۞
Catat Ulasan