ZAKAT JAMINAN SOSIAL UMMAH

Bismillahirrahmanirrahim بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَ
اللهم صلى على سيدنا محمد وعلى آله واصحابه وسلم
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَ بَرَكَا تُه

27 Zulhijjah 1443H | 27 Julai 2022

ZAKAT HARTA merujuk kepada zakat yang melibatkan harta-harta tertentu, iaitu emas, perak, pendapatan, perniagaan, wang simpanan,pelaburan, pertanian, penternakan dan galian. Semua jenis harta tersebut perlu dikeluarkan zakatnya apabila seseorang itu telah mencukupi segala syarat wajibnya. Maka berdosa besar bagi sesiapa yang enggan mengeluarkan zakat.

Mutakhir ini kita berhadapan dengan Pandemik Covid 19, yang menjadi punca kepada pelbagai isu. Antara yang paling getir ialah kesannya kepada ekonomi negara. Banyak perusahaan yang terjejas dan menyebabkan ramai yang kehilangan pekerjaan. Senario ini mencetuskan satu masalah baharu iaitu kemiskinan segera.

Di sebalik keadaan ekonomi yang terjejas dan ramai kehilangan pekerjaan, hakikatnya masih ramai dalam kalangan umat Islam di negeri ini yang berpotensi menunaikan zakat.

Ini kerana berdasarkan kajian, didapati potensi sebenar pembayar zakat di Selangor adalah berjumlah 1.2 juta orang. Sedangkan sehingga 31 Disember 2020 yang lalu, jumlah yang tampil menunaikan zakat hanya sekitar 300 ribu orang sahaja.

Ertinya, masih ramai yang mampu menunaikan zakat namun belum tampil melakukannya. Boleh jadi mereka tidak menyedari bahawa dirinya sudah wajib membayar zakat. Boleh jadi juga, mereka membayar zakat tanpa menyerahkannya kepada LZS, yakni diagihkan sendiri termasuklah menyalurkannya ke luar negeri Selangor sedangkan ianya adalah salah di sisi syarak dan sistem pentadbiran sesebuah negara.


Ingatlah bahawa zakat yang dikeluarkan itu adalah jaminan sosial di sisi umat Islam. Bagi pengeluar zakat, maka ia menjadi asbab kepada bertambah suburnya harta kekayaan mereka.

Manakala bagi penerima, zakat adalah ibarat pelampung penyelamat di lautan yang mengelakkan mereka mati kelemasan. Malah, zakat menjadi tali perhubungan di antara orang kaya dan orang miskin yang sangat erat dan harmoni.

Oleh itu, JOM! kita bersama-sama menunaikan zakat dalam negeri Selangor ini dengan memanfaatkan kewujudan LZS sebaik-baiknya, agar LZS dapat berperanan dengan lebih berkesan dalam membantu umat Islam, khususnya di era yang mencabar hari ini. InsyaAllah.


TAHU TAK? Lembaga Zakat Selangor (LZS) telah melancarkan kempen Bulan Taksir Zakat (BTZ) bagi menggalakkan masyarakat mentaksir sendiri jumlah zakat perlu ditunaikan.

Dengan tagline ‘Sempurnakan Zakatmu’, kempen BTZ yang bermula pada 15 Jun hingga 31 Julai ini secara tidak langsung dapat mendidik masyarakat supaya tahu jumlah sebenar zakat yang ditunaikan. Wah, tinggal beberapa hari sahaja lagi. 

Walaupun tinggal beberapa hari sahaja lagi kempen BTZ ini, masih sempat lagi tau untuk kita bayar zakat melalui APLIKASI ZAKAT SELANGOR. 

Pengeluar zakat boleh memuat turun aplikasi Zakat Selangor dan membuat taksiran zakat seterusnya menunaikan zakat melalui pelbagai saluran pembayaran disediakan sambil berpeluang menyertai peraduan Jom Taksir Zakat dan memenangi hadiah menarik.

TAKSIR ZAKAT SEKARANG DAN TEBUS BAUCAR!



Mudah kan!

Jom taksir dan tunai zakat online menggunakan aplikasi yang boleh dimuat turun di https://jom.zakatselangor.com.my 

Moga Allah bantu untuk meluruskan niat kita setiap masa. Aamiin Allahumma Aamiin
Setiap hari yang datang 
adalah hari yang berharga.
Semoga kita senantiasa berada dalam 
rahmat, taufik dan hidayah Nya

طَلَبُ الْعِلْمِ فَرِيضَةٌ عَلَى كُلِّ مُسْلِم
“Mencari ilmu adalah kewajiban bagi setiap Muslim.”
(HR. Ibnu Majah)

 رَبِّ اغْفِرْ لِيْ وَلِوَالِدَيَّ وَارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِيْ صَغِيْرًا 
Ya Allah, ampunilah aku dan kedua orang tuaku, serta berilah rahmat kepada kedua-duanya, 
sebagaimana mereka mendidikku pada waktu kecil.
Aamiin

Jom Selawat!! 💕
۞اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ۞

۞اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ۞

۞اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ۞

Post a Comment

Terbaru Lebih lama

Iklan In-Feed (homepage)

" target="_blank">Responsive Advertisement