TIPS MENJADI AYAH YANG HEBAT

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَ
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَ بَرَكَا تُه

28 Zulhijjah 1443 Hijrah | 28 Julai 2022 

Kredit: Citra Permatasari

TIPS MENJADI AYAH YANG HEBAT

1. CINTAILAH ISTERIMU
Terima segala baik buruknya saat menikahinya. Dia lah yg melahirkan dan menjaga zuriatmu hampir siang dan malam. Pengorbanan yang sangat jelas tidak mampu ayah lakukan. Saban hari berperang dengan perasaan dan pengorbanan dalam mengasuh zuriat mu sejak lahir... Jika anda menyayangi isterimu..maka kasih dan cintailah keluargamu.

2. LUANG MASA BERSAMA
Sesekali bawa lah keluarga anda bersiar-siar. Bersantai ditepi pantai ditemani angin sepoi-sepoi. Apa orang kata, macam 'Bonding time' gitu. Sesi santai dan bermersa bersama-sama. Sambil mendengar luahan hati masing-masing. Saling memperingati dan memperbaiki kesilapan diri.
Jika punya bayi kecil.. Saat bayi anda berjaga malam. Ambil peluang untuk menjaga dan mengasuh bayi anda. Biarkan isteri anda tidur dan ambil tempat isteri anda. Saat bayi anda 3 bulan adalah masa yang tepat untuk anda memainkan peranan anda sebagai bapa supaya pertumbuhan pembesaran bayi anda sejajar dengan perkembangan.

3. JADILAH TELADAN
Saling menjaga dan memperbaiki diri supaya anda menjadi ikutan yg baik untuk anak anda.
Tunjukkan perilaku dan perbuatan yang baik kerana anak anda melihat setiap tingkah laku anda dan mungkin anak anda akan menjadikan anda sebagai IDOLA suatu hati nanti.

4. FAHAMILAH KARAKTER SETIAP ANAK ANDA
Saling berkomunikasi dan menerima kelebihan dan kekurangan masing-masing tanpa membezakan antara satu dengan yang lain. Berikan bimbingan mengikut cara yang bersesuaian dan tidak terlalu memaksa. Biarkan pertumbuhan mereka selaras dengan alirannya.

5. TUNJUK KASIH SAYANG
Terjemahkan kasih sayang anda pada anak anda. Jangan biarkan mereka berasa sendiri dan sepi. Saling berinteraksi dan saling memberi antara satu sama lain supaya mereka berasa dihargai dan disayangi.

6. DISIPLINKAN ANAK ANDA DENGAN KELEMBUTAN
Ajar dan didik anak anda dengan kelembutan dan bukan terlalu memaksa dan mendesak. Dikhuatiri mereka akan memberontak suatu hari kelak.
Memberikan penterjemahan dengan kelembutan dan bukan dengan amarah.

7. TABUNGAN MASA HADAPAN
Sebagai ayah yang bijak. Anda sebgagai ketua keluarga hendaklah bijak merancang perbelanjaan kewangan dalam keluarga. Wang bukanlah segalanya akan tetapi ia amatlah berguna untuk masa hadapan anak anda kerana pada zaman ini segalanya memerlukan wang. Bijaklah menabung dan menyimpan untuk kegunaan kecemasan dan masa hadapan.

8. MAKAN BERSAMA KELUARGA
Nikmatilah saat makan bersama keluarga anda. Saling bermesra dan berbual tetapi seeloknya selepas makanlah ye sebab kurang elok pula kalau makan sambil bercakap kan 😅
Tunjukkan rasa penghargaan antara satu sama lain supaya mereka rasa disayangi.

9. BERDOA DAN BERIBADAH BERSAMA
Sebagai imam dan ketua keluarga, didiklah anak supaya takut pada Allah SWT. Ajarkan mereka tentang solat, dosa dan pahala supaya kelak mudah mudahan mereka menjadi anak yang soleh, solehah dan takut kepada Allah SWT

10. NIKMAILAH SAAT MENJADI SEORANG AYAH YANG KEKAL SELAMANYA
Saat anda menjadi seorang ayah, Maka selamanya akan menjadi seorang ayah. Jadilah seorang ayah yang sabar dan bertanggungjawab dalam mendidik anak. 

Wallahua'lam. Sekian #yayakongsi. Semoga bermanfaat. Sama2 kita amalkan segala perkara mahupun amal ibadah yang baik. Moga Allah bantu untuk meluruskan niat kita setiap masa. Aamiin Allahumma Aamiin
Setiap hari yang datang 
adalah hari yang berharga.
Semoga kita senantiasa berada dalam 
rahmat, taufik dan hidayah Nya

طَلَبُ الْعِلْمِ فَرِيضَةٌ عَلَى كُلِّ مُسْلِم
Mencari ilmu adalah kewajiban bagi setiap Muslim.”
(HR. Ibnu Majah)

 رَبِّ اغْفِرْ لِيْ وَلِوَالِدَيَّ وَارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِيْ صَغِيْرًا 
Ya Allah, ampunilah aku dan kedua orang tuaku, serta berilah rahmat kepada kedua-duanya, 
sebagaimana mereka mendidikku pada waktu kecil.
Aamiin

Jom Selawat!! 💕
۞اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ۞

۞اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ۞

۞اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ۞

Post a Comment

Terbaru Lebih lama

Iklan In-Feed (homepage)

" target="_blank">Responsive Advertisement