TERKINI : BAYARAN PENGELUARAN KHAS KWSP DIPERCEPATKAN KE 18 APRIL

TERKINI: BAYARAN PENGELUARAN KHAS KWSP DIPERCEPATKAN KE 18 APRIL

Pengumuman ini dibuat oleh Menteri Kewangan, Tengku Zafrul sebentar tadi. 




Dengan mengambil kira keluh kesah dan suara pencarum KWSP, pengeluaran yang dijadualkan bermula pada 20 April ini telah dipercepatkan ke 18 April iaitu hari Isnin. 


Sudah tentu berita ini menggembirakan mereka yang ternanti-nanti bila wang mereka dapat digunakan. 


Berikut merupakan hantaran oleh Tengku Zafrul di laman facebook miliknya : 


Ramai yang message dan komen dalam social media saya, "YB, pengeluaran KWSP boleh cepat lagi tak?" 


Saya mendengar suara anda. Oleh itu, setelah berbincang dengan KWSP, sukacita dimaklumkan pengeluaran khas KWSP akan dikreditkan secara berperingkat mulai 18 April 2022 dan bukannya 20 April 2022 seperti yang diumumkan sebelum ini. 


Saya harap pengeluaran ini akan lebih menceriakan sambutan Aidilfitri .

 #KeluargaMalaysia, InsyaAllah.


Buat yang masih menantikan keputusan sama ada berjaya atau tidak, bolehlah terus menyemak di aplikasi KWSP tersebut. 



Post a Comment

Terbaru Lebih lama

Iklan In-Feed (homepage)

" target="_blank">Responsive Advertisement