SALAM 25# RAMADHAN - DOA AKHIR RAMADHAN

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَ
اللهم صلى على سيدنا محمد وعلى آله واصحابه وسلم
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَ بَرَكَا تُه

25 Ramadhan 1443 Hijrah | 27 April 2022

MasyaAllah. Pantas sungguh masa berlalu kan. Lagi beberapa hari je kita didalam bulan penuh rahmat, penuh barokah ni. Agak-agak, segala penat lelah kita berpuasa & beribadah, adakah segala nya itu Allah terima?? 😢 

Tanya pada diri masing-masing. Setelah 24 Ramadhan yang telah berlalu, apakah ada perubahan kebaikan dalam diri kita? Adakah bertambah amal ibadah atau sama sahaja seperti bulan-bulan yang lain? 

Allahu sedihnya rasa jika tiada sebarang perubahan yang baik dalam diri kita setelah kita semakin menghampiri penghujung bulan Ramadhan ni.😟

Mudah-mudahan Allah SWT terima segala amal ibadah kita yang sedikit itu. Aamiin

Jom, tadah tangan semua..baca & amin kan doa yang Yaya share kat bawah ni tau. Baca dengan penuh penghayatan & pengharapan pada Allah .

Doa Akhir Ramadan

Ya Allah, 
jangan Kau biarkan Ramadhan pergi tanpa meninggalkan kesan keinsafan di hati💗 kami.
Ya Allah, 
jangan biarkan Ramadhan pergi tanpa membawa himpunan amal dan doa kami😢😭
Ya Allah,
 jangan biarkan Ramadhan pergi tanpa islah dan kebaikan terhadap keperibadian kami❤️🌹
Ya Allah, 
jangan biarkan Ramadhan pergi tanpa keampunan dosa-dosa kami😢😭
Ya Allah,
 jangan biarkan Ramadhan pergi tanpa meninggalkan jejak-jejak ke syurga untuk kami🤲😭
Ya Allah, 
janganlah Kau biarkan Ramadhan pergi sebelum Kau tutup rapat pintu azab 
dan neraka Mu daripada tergelinciran kaki kami😢😭😭
Ya Allah, 
lindungilah kami dari melakukan dosa dan kemaksiatan semasa dalam Ramadhan 
mahupun selepas Ramadhan😢😭
Ya Allah, 
sebelum mentari akhir Ramadhan berlalu pergi, Kau ampunilah kami 
dan Kau terimalah taubat kami😭😭😭
Ya Allah, 
lindungilah semua anggota keluarga kami dari tipu daya dan fitnah dunia. 
Selamatkan setiap seorang dari kami dengan Iman dan taqwa.

Jadikan kami calon syurga-Mu. 
Sempurnakan akhlak kami dan lindungi kami dari godaan syaitan dan hawa nafsu😢😢😭

Ya Mujibbasailin🤲❤️✨

Limpahilah kami dengan sifat-sifat kebaikan dan terpuji, jauhi kami dari sifat-sifat mazmumah yakni buruk sangka, iri hati, mahu pun dengki.
Muliakan akhlak kami sepertimana akhlak baginda Nabi s.a.w.
Jadikan kehidupan kami di dunia ini tenang dan penuh rahmah dan mawaddah.
Ya Allah, 
Kau sempatkanlah kami bertemu lagi dengan Ramadhan Mubarak yang akan datang.
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim.
Janganlah kau jadikan Ramadhan ini sbg yg terakhir buat kami, 
temukanlah kami dgn Ramadhan yg akan datang🤲😢😭
Ya Allah,
andai ini Ramadhan terakhir buat kami, jadikankanlah puasa kami sbg puasa yg Kau rahmati, jadikanlah ramadhan ini paling bererti, penuh dgn cahaya iman, menerangi kegelapan hati kami menuju redha serta kasih sayangmu ya Allah…
jadikanlah ramadhan ini sebagai penghapus dosa-dosa kami😭😭
Ya Allah…
temukanlah kami dgn lailatul qadr❤️🤲😢😭  pilihlah kami dikalangan hambaMu yg dpt beramal di malam al-Qadr😭Lailah al-mubarakah🤲
Ya Allah..
terimalah amalan kami..terimalah taubat kami..ampunkanlah segala dosa kami😭😭amankanlah kehidupan kami disana nanti yg kekal abadi… 
kurniakanlah kpd kami syurgamu yg maha luas nikmatnya😢😭

Allahumma innaka ‘afuwwun tuhibbul ‘afwa fa’fu anna
Allahumma innaka ‘afuwwun tuhibbul ‘afwa fa’fu anna
Allahumma innaka ‘afuwwun tuhibbul ‘afwa fa’fu anna
Ya Karim
Ya arhammarrohimin
Aamiin ya rabbal'aalamiin

Post a Comment

Terbaru Lebih lama

Iklan In-Feed (homepage)

" target="_blank">Responsive Advertisement