بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَ
اللهم صلى على سيدنا محمد وعلى آله واصحابه وسلم
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَ بَرَكَا تُه
17 Ramadhan 1443 Hijrah | 19 April 2022
Diturunkan al Quran untuk menjadi panduan umat manusia. Ianya adalah mukjizat terbesar dianugerahkan oleh Allah SWT kepada umat Nabi Muhammad ﷺ dan ianya mukjizat kekal. Hampir keseluruhan mukjizat para Nabi sebelum Nabi ﷺ berakhir dengan wafatnya para Nabi tersebut. Tetapi mukjizat Rasulullah ﷺ berkekalan walaupun setelah zamannya, iaitu mukjizat al Quranul karim.
Bersempena dengan Nuzul Quran, marilah kita bersama-sama menjadikan al Quran sebagai penawar bagi hati. Pembimbing dalam perjalanan hidup kita di atas muka bumi ini. Orang yang menjadikan al Quran 'di hadapan' akan selamat. Orang yang menjadikan al Quran 'di belakang' akan binasa.
Al Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid
"Ya Allah, hidupkanlah kami dengan Al-Quran.
Jadikanlah Al-Quran sebagai panduan dalam diri kami.
Dan kurniakanlah syafa'atnya pada kami di Hari Akhirat."
Catat Ulasan