بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَ
اللهم صلى على سيدنا محمد وعلى آله واصحابه وسلم
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَ بَرَكَا تُه
10 Ramadhan 1443 Hijrah | 12 April 2022
SIAPAKAH GOLONGAN YANG RUGI SETIAP KALI BERTEMU RAMADHAN
1. Mereka yang Allah panjangkan umurnya sampai ke akhir Ramadhan TETAPI membiarkan hari-hari Ramadhannya berlalu begitu sahaja tanpa amal yang bermanfaat.
2. Mereka yang menunggu2 waktu berbuka puasa TANPA mengambil kesempatan utk berdoa kpd Allah di saat2 mustajab doa.
3. Mereka yang bangun utk bersahur semata2 TANPA beramal dan mendirikan solat sunat sekurang2nya 2 rakaat.
4. Mereka yang dikurniakan Allah nikmat yang berlebihan TETAPI bakhil utk bersedekah dan menjamu org berbuka puasa.
5. Mereka yang mampu membaca Al Quran dan memiliki masa lapang yang panjang utk mempelajarinya TETAPI membiarkan dirinya jauh dari Al Quran.
6. Mereka yang sering menghadiri majlis ilmu dan memahami agama TETAPI kekal bermusuhan, berbencian dan memutuskan silaturrahim sesama Muslim.
7. Mereka yang mengetahui bahawa Ramadhan adalah Bulan Maghfirah TETAPI tidak mengambil kesempatan memohon keampunan dari Allah.
8. Mereka yang menyedari bahawa sepanjang Ramadhan doa diqabulkan TETAPI membiarkannya berlalu tanpa sebarang munajat.
9. Mereka yang bersungguh2 memelihara puasa dari perkara yang membatalkan TETAPI berterusan mengumpat dan menabur fitnah sesama Muslim.
10. Mereka yang sampai umurnya ke penghujung Ramadhan TETAPI tidak berusaha utk memburu kebaikan malam AL QADAR.
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
"Berapa ramai orang yang berpuasa, akan tetapi ia tidak mendapat apa-apa
daripada puasanya itu kecuali rasa lapar dan dahaga sahaja.
Dan berapa ramai orang yang solat malam, akan tetapi dia tidak mendapat apa-apa
daripada solat malamnya itu kecuali hanya terbatas kepada berjaga malam sahaja."
(HR Ibnu Majah)
Wallahua'lam. Sekian #yayakongsi. Selamat bermuhasabah & memperbaiki diri. Semoga Ramadhan tahun ini lebih baik dari sebelumnya... InsyaAllah =)
Setiap hari yang datang
adalah hari yang berharga.
Semoga kita senantiasa berada dalam
rahmat, taufik dan hidayah Nya
طَلَبُ الْعِلْمِ فَرِيضَةٌ عَلَى كُلِّ مُسْلِم
“Mencari ilmu adalah kewajiban bagi setiap Muslim.”
(HR. Ibnu Majah)
رَبِّ اغْفِرْ لِيْ وَلِوَالِدَيَّ وَارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِيْ صَغِيْرًا
Ya Allah, ampunilah aku dan kedua orang tuaku, serta berilah rahmat kepada kedua-duanya,
sebagaimana mereka mendidikku pada waktu kecil.
Aamiin
Jom Selawat!! 💕
۞اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ۞
۞اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ۞
۞اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ۞
Catat Ulasan