MAKANAN UNTUK KEKALKAN TENAGA DI BULAN PUASA.| Assalamualaikum. Ramai yang mencari tips-tips untuk kekalkan tenaga semasa berpuasa dari sudut pemakanan. Taknaklah baru separuh hari, dah lembik semacam. Letih tak bermaya je orang tengok.
Di sini Cik Rose kongsikan 5 makanan untuk kekalkan tenaga di bulan puasa. Tak salah kita mencuba. Mana yang sesuai dengan tubuh badan, kita teruskanlah.
5 MAKANAN YANG HARUS DICUBA WAKTU BULAN PUASA
1. OAT
Bagus untuk jantung dan mengurangkan kolestrol. Juga memberikan tenagayang berpanjangan.
2. TEMBIKAI
Jus tembikai sangat menyegarkan dan menghilangkan dahaga. Vitamin C yang tinggi juga meningkatkan sistem imunisasi dalam badan.
3. MADU
Air madu bersama perahan lemon dapat membantu menghilangkan dahaga dan membantu pencernaan dan detoksifikasi.
4. JUS SUSU KURMA
Boleh diminum setelah dikisarkan (kurma) bersama susu segar.
5. ROTI SERAT
Boleh dimakan bersama dengan hirisan pisang dan mentega kacang ataupun nutella.
Catat Ulasan