DRAMA CUKUP DERITA ITU 2 DI TV3 (SINOPSIS PENUH)
Ramai yang menantikan kesinambungan drama Cukup Derita Itu musim kedua. Drama ini adalah sebuah karya Siti Rosmizah ditayangkan bermula 15 November 2021, setiap hari Isnin hingga Khamis, pukul 10.00 malam menerusi slot Samarinda TV3 dan perkhidmatan penstriman iQiyi. Drama bersiri 40 episod ini terpaksa menghentikan siarannya ketika episod ke-20 pada 9 Jun lalu.
Sebab apa tayangannya dihentikan? Penggambaran tidak dapat dijalankan kerana patuh dengan SOP MKN pada ketika itu, negara kita masih dalam fasa PPN(Pelan Pemulihan Negara).
SINOPSIS CUKUP DERITA ITU
Mengisahkan tentang kehidupan pasangan kembar Ellani (Ruhainies Farehah) dan Ellana (Chacha Maembong) yang telah kematian kedua orang tua dan dibesarkan oleh ibu saudara mereka, Mak Ngah Gayah (Jasmin Hamid). Walaupun dibesarkan oleh ibu saudara, Ellani dan Ellana dilayan tidak sama. Ellana dilayan bagaikan puteri manakala Ellani dilayan seperti hamba. Entah apa alasannya.
Setelah dewasa, Ellana bertemu dengan Zarul Zafran (Hisyam Hamid), seorang lelaki tampan berjawatan sebagai pensyarah. Cinta pandang pertama telah membawa mereka ke gerbang perkahwinan. Tetapi, Zarul telah terlibat dalam sebuah kemalangan sebelum perkahwinan itu berlangsung.
Zarul hilang ingatan dan tiba-tiba berubah hatinya kepada Ellani dan melamar Ellani untuk menjadi isterinya. Ellani tidak keruan manakan bakal abang iparnya ingin menjadi suaminya pula.
Namun, demi kebahagiaan Datin Mahani (Rosnah Johari) yang telah dianggap seperti ibu, Ellani akur dengan ketentuan jodohnya. Zarul Zafran akhirnya menjadi suaminya. Berbagai onak dan duri dilalui.
Dendam Mak Ngah Gayah dan Ellana menyebabkan hidup Ellani penuh dengan duka. Lelaki yang telah menjadi suaminya mula berubah hati dan mengejar semula cinta Ellana hingga sanggup menceraikannya melalui SMS.
Bagaimanakah nasib Ellani setelah diceraikan? Adakah hubungan yang telah putus itu dapat disambung semula? Adakah sinar bahagia menanti Ellani di akhirnya?
DOWNLOAD EPISOD PENUH DRAMA CUKUP DERITA ITU 2
SINOPSIS CUKUP DERITA ITU 2
llani (Ruhainies) telah bernikah dengan Zarul (Hisyam Hamid) walaupun Ellani tidak mempunyai perasaan cinta terhadap lelaki yang hampir menikahi kakak kembarnya, Ellana (Chacha Maembong). Sejak kecil, Ellani dan Ellana yang dibesarkan oleh ibu saudara mereka, Mak Ngah Gayah (Jasmin Hamid) tidak menerima layanan yang sama. Ellana dilayan bagaikan puteri manakala Ellani dilayan seperti hamba. Hanya Datin Mahani dan Salwa yang menjadi tempat Ellani menagih kasih sayang dan simpati.
Konflik timbul apabila Zarul yang sepatutnya menikahi Ellana telah berubah hati akibat sebuah kemalangan. Zarul telah hilang ingatan sekaligus tidak mempunyai perasaan cinta terhadap Ellana. Malahan, Zarul hanya sayangkan Ellani dan memutuskan untuk mengahwini Ellani. Lantaran itu, Ellana meninggalkan Zarul untuk menyambung pelajaran di luar negara. Mak Ngah Gayah pula menjadi lumpuh selepas kemalangan itu. Ellana dan Mak Ngah Gayah berdendam dan berjanji akan merosakkan perkahwinan Zarul dan Ellani.
Sikap dan kasih sayang Zarul akhirnya membuka hati Ellani untuk menyayangi lelaki yang sudah bergelar suami dalam hidupnya. Selepas Ellana kembali dari luar negara, dia mula bertindak untuk merampas semula Zarul dengan cara apa pun, hanya untuk memastikan Ellani terus menderita dalam hidupnya. Dalam pada masa yang sama, Amirul (Farhan Asri) kini mendapati dirinya sudah jatuh cinta kepada Ellani. Namun, dia tidak dapat berbuat apa-apa memandangkan Ellani kini sudah menjadi isteri abangnya.

TONTON SIARAN LANGSUNG DRAMA CUKUP DERITA ITU 2 DI TV3
SENARAI PELAKON DAN WATAKDALAM CUKUP DERITA ITU 2
Hisyam Hamid sebagai Zarul Zafran
Ruhainies sebagai Ellani
Chacha Maembong sebagai Ellana
Lia Natalia sebagai Salwa
Didie Alias sebagai Mak Yek
Dian P Ramlee sebagai Mak Long
Rosnah Johari sebagai Datin Mahani
Samsuri Shahrom sebagai Pak Long Ajis
Jasmin Hamid sebagai Mak Gayah
Sera Melissa sebagai Ayu
Mubarak Majid sebagai Mat Terup
Fahrin Ahmad sebagai Fariz
Farhan Asri sebagai Amirul
JUDUL : CUKUP DERITA ITU MUSIM 2
EPISOD : 20
TARIKH : 15 November 2021
WAKTU SIARAN : Isnin-Khamis, 10:00 malam
RANGKAIAN : Samarinda TV3 / iQiyi
PENULIS SKRIP : Falriqz Naail, Zuyyin
PENULIS NOVEL : Siti Rosmizah
PENGARAH : Along Kamaludin
PRODUKSI : SR One Sdn Bhd
LAGU TEMA (OST)
Cukup Derita Itu - Siti Nordiana
Pergilah Derita - Asfan Shah & Lia Aziz
LIRIK LAGU Cukup Derita Itu NYANYIAN SITI NORDIANA
Dalam nafas ini ku menanti cahya
Bawalah derita pergi untuk slamanya
Jiwa ini tersiksa, kalbu merintih lara
Di manakah bahgia? Tiada sinar cinta
Hati ini merintih, jiwa ini menangis
Mampukah ku bangkit jika itu takdir diriku?
Tiada daya buatku melawan suratan-Mu
Kerdilnya hidupku, cukup derita itu
Adakah ku pasrah? Adakah ku lemah?
Cukup derita itu
Tak akan ku kalah, takkan ku lelah
Gapai bahagiaku
Dalam nafas ini (nafas) ku menanti cahaya
Bawalah derita pergi untuk slamanya
Oh-uh-oh-oh, uh-uh-uh
Tiada daya buatku melawan suratan-Mu
Kerdilnya hidupku (hidupku), cukup derita itu
Adakah ku pasrah? Adakah ku lemah?
Cukup derita itu
Takkan ku kalah, takkan ku lelah
Gapai bahagiaku
Adakah ku pasrah? Adakah ku lemah?
Cukup derita itu (cukup derita itu)
Tak akan ku kalah, takkan ku lelah
Gapai bahagiaku
Catat Ulasan