DISKAUN SAMAN PDRM DILANJUTKAN HINGGA 31 DISEMBER 2021 DAN INI CARA BAYAR SAMAN YANG LEBIH CEPAT DAN MUDAH

DISKAUN SAMAN PDRM DILANJUTKAN HINGGA 31 DISEMBER 2021 DAN INI CARA BAYAR SAMAN YANG LEBIH CEPAT DAN MUDAH!


Diskaun Saman PDRM Lanjut Hingga Akhir Disember. Ya, ianya dilanjutkan. Pengumuman awal, tarikh bayarannya sehingga 12.12.2021. Kemudian ianya dilanjutkan hingga 15.12.2021. Terkini, ianya dilanjutkan hingga akhir bulan Disember 2021.




Diharapkan dengan perlanjutan tempoh bayaran saman yang mempunyai diskaun sehingga 80% ini, semua pengguna dapat menjelaskan dalam tempoh tersebut dan tidak menunggu di saat-saat akhir tarikh bayaran yang boleh menyebabkan kesesakan berlaku. 


"Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani berkata pihaknya juga akan menambah kaunter saman trafik di seluruh negara untuk mengelakkan kesesakan."


YDH IG Tan Sri Acryl Sani bin Hj. Abdullah Sani, Ketua Polis Negara telah mengumumkan bahawa tempoh pengurangan kadar kompaun saman 80% akan dilanjutkan sehingga 31 Disember 2021 sempena 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia.


MACAM MANA NAK BAYAR SAMAN?

Orang ramai boleh menjelaskan saman melalui kaedah manual atau secara online.


CARA PERTAMA ADALAH DENGAN MENGGUNAKAN APLIKASI Mybayar Saman

1. Menggunakan aplikasi Mybayar Saman

i. Install Apps Mybayar Saman melalui Google Playstore atau App Store.
ii. Sekiranya anda pengguna baru, boleh register dengan menekan butang new user sign up. Isikan segala maklumat yang diperlukan.
iii. Sekiranya anda pengguna lama, boleh terus sign in macam biasa. Kalau lupa password, tekan butang forgot password.
iv. Anda boleh menyemak status saman masing-masing. Saman tersebut adalah mengikut registration plate yang ada di bawah IC anda. Kalau anda ada 10 biji kereta yang disaman, maka kesemua 10 biji kereta tersebut akan disenaraikan di situ.
v. Jumlah saman yang tertera telah didiskaunkan (ada dua amaun yang berbeza, satu slash - amaun lama, satu amaun selepas diskaun)
vi. Sila buat pembayaran terus melalui apps ini sama ada dengan cara online banking atau credit card.


MENGGUNAKAAN LAMAN WEB mybayar.rmp.gov.my

2. Semakan melalui url https://mybayar.rmp.gov.my/en

i. Sekiranya tak mahu install aps ini di phone masing-masing, boleh direct guna komputer atau laptop melalui link di atas.
ii. Sama juga, jika anda pengguna baru, sila daftar dahulu. Jika pengguna lama, boleh terus sign in.
iii. Steps berikutnya juga sama seperti di atas, boleh terus membuat pembayaran melalui link ini.


BAYAR DI IBU PEJABAT POLIS DAERAH

3. Ke Ibu Pejabat Polis Daerah masing-masing


BAYAR MELALUI ATM MAYBANK

Tahukah anda bagaimana cara nak buat bayaran saman melalui ATM Maybank?


4. Cara Bayar Saman Di Mesin ATM Maybank

Berikut adalah cara bayar saman PDRM 80% diskaun di mesin ATM Maybank.

📌LANGKAH 1
Pergi ke mana-mana ATM Maybank.
Tekan menu PAYBILL

📌LANGKAH 2
Pilih tab BAYARAN SAMAN.

📌LANGKAH 3
Masukkan nombor kad pengenalan anda di ruang yang tertera.

📌LANGKAH 4
Semak butiran saman dan pilih saman yang hendak dibayar.

📌LANGKAH 5
Tunggu notifikasi Transaksi Berjaya.

📌LANGKAH 6
Simpan resit untuk rujukan dan rekod anda.


BAYAR DI PEJABAT POS

5. Bayaran saman ini juga boleh dijelaskan di pejabat pos berhampiran.


Ada banyak cara untuk membayar saman PDRM ini. Bolehlah pilih mengikut kesesuaian masing-masing. Ambil peluang jelaskan bayaran saman sementara ada diskaun 80% ini. Jika disaman berjumlah RM300, anda hanya perlu bayar RM60. Bolehlah berjimatkan.


Akhir kata, selamat menjelaskan saman.


Post a Comment

Terbaru Lebih lama

Iklan In-Feed (homepage)

" target="_blank">Responsive Advertisement