AWASI LISAN MU

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَ
اللهم صلى على سيدنا محمد وعلى آله واصحابه وسلم
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَ بَرَكَا تُه

25 Jamadil Awal 1443 Hijrah | 30 Disember 2021

Jarang kita dengar orang yang menyesali DIAM mereka, tetapi orang yang selalu menyesali PERCAKAPAN mereka sangat ramai. Kata-kata dan perbuatan, jika tidak dijaga pasti akan ada yang terluka.

Saya ingin berkongsi satu peringatan buat diri yang menulis dan sahabat semua, supaya kita dapat baiki peribadi sebagai seorang muslim yang lebih baik, InsyaAllah.

Daripada Abdullah bin Amru r.a., Rasulullah SAW bersabda:

الْمُسْلِمُ مَنْ سَلَمَ الْمُسْلِمُونَ مِنْ لِسَانِهِ وَيَدِهِ 
وَالْمُهَاجِرُ مِنْ هَجَرَ مَا نَهَى اللَّهُ عَنْهُ
Maksudnya: "Seorang muslim adalah orang yang kaum Muslimin selamat dari lisan dan tangannya, dan seorang penghijrah adalah orang yang meninggalkan apa yang dilarang oleh Allah."
(HR Bukhari, Hadis sahih)

SubhanAllah, kadang dengan lidah dan perbuatan kita banyak menyakiti orang tanpa disedari, mungkin pasangan, anak, ibu ayah, sahabat, rakan sekerja dan lain-lain, sehingga menyebabkan hubungan rumah tangga atau persahabatan mula meretak.

Bayangkan, bagaimana kita boleh hidup tenang gembira sedangkan lidah kita pernah melukakan orang lain? Sedangkan apabila tiba saat kita dihisab nanti, mereka yang kita sakiti inilah akan datang menuntut hak mereka di hadapan Allah.
Allahu Akbar 😔

Sebab itu, hubungan dengan manusia jangan dipandang remeh. Marilah sama-sama kita lebih peka dan berhati-hati dengan lidah dan perbuatan kita, mudah-mudahan kita dapat memenuhi ciri-ciri seorang muslim, iaitu orang muslim yang lain selamat daripada kata-kata dan perbuatannya.

Daripada Anas bin Malik r.a, bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda:

لاَ يُؤْمِنُ أَحَدُكُمْ، حَتَّى يُحِبَّ لِأَخِيهِ مَا يُحِبُّ لِنَفْسِهِ
Maksudnya: “Tidak beriman (sempurna iman) seseorang itu sehingga dia kasih kepada saudaranya sebagaimana dia kasih kepada dirinya sendiri.” 
(HR Bukhari, hadis sahih)

Semoga Allah sentiasa memberikan kesempatan kepada kita untuk terus menyayangi orang sekeliling sama seperti kita menyayangi diri sendiri 🤲🌹
Kredit : Ustazah Asma Harun 

Wallahua'lam. Sekian #yayakongsi. Semoga bermanfaat bagi yang membaca. InsyaAllah =)
Setiap hari yang datang 
adalah hari yang berharga.
Semoga kita senantiasa berada dalam 
rahmat, taufik dan hidayah Nya

طَلَبُ الْعِلْمِ فَرِيضَةٌ عَلَى كُلِّ مُسْلِم
Mencari ilmu adalah kewajiban bagi setiap Muslim.”
(HR. Ibnu Majah)

 رَبِّ اغْفِرْ لِيْ وَلِوَالِدَيَّ وَارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِيْ صَغِيْرًا 
Ya Allah, ampunilah aku dan kedua orang tuaku, serta berilah rahmat kepada kedua-duanya, 
sebagaimana mereka mendidikku pada waktu kecil.
Aamiin

Jom Selawat!! 💕
۞اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّ

Post a Comment

Terbaru Lebih lama

Iklan In-Feed (homepage)

" target="_blank">Responsive Advertisement