7 CARA KAWAL EMOSI MARAH PADA ANAK-ANAK.
Assalamualaikum.Anak-anak adalah permata jiwa. Kasih sayang ibu terhadap anak tiada tolok bandingan. Anak-anaklah penawar hati ibu. Segala-galanya bagi ibu. Kasih sayang ibu terhadap anak pun tak ternilai.
Tapi, telatah anak-anak kecil kadang-kala mengusik hati ibu. Ada ibu yang tak dapat nak bendung perasaan dengan kerenah anak-anak kecil. Bila anak-anak buat perangai, dah tentu marah menguasai diri. Ada yang tak sedar, sampai tertunjuk perasaan amarah pada anak. Selepas marah, mulalah menyesal dan rasa sayu pada anak. Terutamanya bila melihat anak-anak tidur.
Macam mana nak kawal emosi marah pada anak?
Ramai yang tertanya kan?
Ok, di sini Cik Rose kongsikan serba sedikit cara-cara mengawal perasaan marah terhadap anak. Walau Cik Rose belum mempunyai anak lagi, Cik Rose juga perlu praktikkan ilmu ni. Maklumlah Cik Rose ni ramai anak sedara. Bila anak-anak sedara datang rumah Cik Rose, ramai-ramai tu, kadang kala bergaduh sesama sendiri. Macam mana Cik Rose nak kawal? Cik Rose tak boleh nak berat sebelah. Cik Rose kena adil. Kan?
Oleh itu, Cik Rose nak kongsikan pencarian Cik Rose berkenaan cara mengawal perasaan marah terhadap anak-anak.
Sebelum nak memarahi anak-anak tu, selalu ingat dan terap dalam hati bahawa :
1. ANAK IALAH AMANAH ALLAH
Ya, bukan mudah untuk kita dikurniakan rezeki anak. Ada ramai pasangan yang mengimpikan anak, namun masih belum menerimanya, Jika kita diberikan rezeki anak, selalu ingat, kehadiran anak itu adalah amanah Allah dan menjadi tanggungjawab kita untuk menjaga dan menyayanginya. Cik Rose sedih sangat bila dengar kes penderaan oleh ibu bapa kandung! Bagaimana seorang ibu atau ayah tu sanggup melakukan penderaan yang sedemikian? Allahuakbar.
2. KASIHANI ANAK-ANAK KITA
Cuba letakkan diri kita di tempat mereka. Bagaimana perasaan kita jika sering dimarahi? Sudah tentu sedih kan. Lama-kelamaan, bimbang ada satu perasaan benci hadir dalam diri anak kita. Cuba bayangkan bagaimana ianya berlaku?
3. TIDAK SEMUA DARI KITA SEMPURNA
Setiap kita melakukan kesilapan. Sedangkan kita yang dewasa pun buat salah, inikan pula anak-anak kecil yang baru pandai berfikir. Cubalah bersabar sedaya boleh. Fikirkan sejenak adakah berbaloi kemarahan kita dengan kesilapan kecil yang anak-anak lakukan? Cik Rose sendiri akui, kadang-kala memang sukar nak kawal marah. Takpe, belajar dari masa ke semasa. Insyallah.
4. INGAT SAAT GEMBIRA BERSAMA ANAK-ANAK
Sewaktu kemarahan memuncak, memang sukar kan nak buat. Tapi, cuba imbau kembali saat anak-anak kita ketawa kegembiraan bersama kita. Lihat anak matanya tu. Ingat kembali senyuman kecilnya. Ketawanya. Nescaya, marah kita akan reda dengan sendiri. Cik Rose, kadang-kadang kalau rasa nak marah dengan anak sedara, Cik Rose akan ketawa. Nanti, anak-anak sedara pun automatik akan ketawa, dan mendengar kata :)
5. HUBUNGAN IBU BAPA DAN ANAK-ANAK
Kalau kita selalu marah-marah, bimbang hati anak-anak tawar dan hubungan semakin renggang. Anak-anak banyak menyendiri. Itu yang kita tak nak. Cuba kawal dan elakkan situasi itu. Eratkan hubungan sesama anak-anak dan lalui detik-detik bahagia!
6. ELAKKAN MENGELUARKAN KATA-KATA NEGATIF
Cuba elakkan dari mengeluarkan kata-kata negatif terhadap anak-anak kita. Kata-kata itukan doa. Ramai yang marah dan sering mengeluarkan perkataan yang negatif seperti degil, malas, dan lain-lain. Kalau boleh elakkanlah.
7. BANYAKKAN MEMBACA AL QURAN DAN ZIKIR
Apabila cara-cara psikologi tak berupaya untuk kita laksanakan, jangan lupa berdoa supaya anak-anak kecil kita membesar menjadi anak yang baik dan anak yang mendengar kata. Selalulah membaca Al Quran bersama anak-anak. Dan usaplah dahi anak-anak sewaktu mereka tidur dan berdoalah.
Cik Rose terjumpa ayat dibawah berkenaan tips mendidik anak dan cara mengawal emosi marah. Di sini, Cik Rose kongsikan bersama.
Ketahuilah, anak yang selalu dimarah, dilontarkan kata-kata negatif akan menjadi anak yang degil atau anak yang penakut. Jika anak itu telah lama sangat terdedah dengan kemarahan, maka dia hanya akan tahu bertindak bila dia dimarah
Disebaliknya, anak yang sering dihargai dan ditunjukkan kefahaman dan kesabaran dengan perangainya, akan menjadi anak yang mudah untuk mendengar kata dan mudah untuk memberi kerjasama.

Semoga bermanfaat.
Sama-sama kita berusaha dan melakukan perubahan.
Sayangi anak-anak kita!
Catat Ulasan