6 Cara untuk Menghilangkan Rasa Sakit Senggugut Yang Perlu Wanita Tahu

6 Cara untuk Menghilangkan Rasa Sakit Senggugut Yang Perlu Wanita Tahu

Assalamualaikum.
Ramai yang mengalami sakit senggugut. Ada yang tahap sakit sangat dan ada yang sakit gitu-gitu. Dan ada yang tak pernah alami sakit senggugut ni. 

Cik Rose ingin berkongsi petua / tips untuk hilangkan sakit senggugut. Hanya wanita yang mengalami senggugut je tahu macam mana rasa sakit tu. Aduhai. Rasa nak berguling-guling jer. Setiap orang tak sama tahap sakitnya. 

SAKIT SENGGUGUT BERBEZA-BEZA BAGI SETIAP WANITA

Ada kawan Cik Rose yang sakit senggugut tahap kena baring jer, tak boleh nak buat apa. Ada yang tahap kena makan ubat tahan sakit, kalau tak makan memang tak dapat nak tahan. Ada pula yang sakitnya akan hilang kalau tuamkan perut. Ada pula yang sekadar sengal-sengal biasa. Dan yang beruntung, yang memang tak tahu macam mana rasa sakit senggugut tu. Ini pengalaman kawan-kawan Cik Rose je ye.
Setiap dari kita berbeza-beza. Sakitnya pun berbeza. Untuk lelaki, jangan nak kata wanita ni mengada-ngada, sakit senggugut je pun. Eh, eh jangan tau. Cuba fahaminya. Alhamdulillah, kalau dapat yang memahami.




Petua Menghilangkan Sakit Senggugut

URUT DAN SAPU MINYAK DI BAWAH PERUT

1)Urut bahagian bawah perut korang secara perlahan dengan menggunakan hujung jari. Juga boleh sapukan sedikit minyak angin untuk mengurangkan rasa sakit. Yang ni memang kena buat, tindakan segera kan. Alhamdulillah, akan rasa sedikit lega nanti.

TUAM ATAU BERTUNGKU

2)Tuam bahagian bawah perut untuk menghilangkan rasa sakit senggugut. Korang boleh gunakan cara tradisional seperti bertungku ataupun boleh gunakan pad pemanas yang biasanya dijual di farmasi.

MINUM AIR PANAS, ELAKKAN MINUMAN MANIS

3) Amalkan minum air panas untuk menghilangkan rasa sakit senggugut. Amalan meminum air panas ini juga dapat membantu melancarkan proses haid. Sebolehnya elakkan minuman yang manis kerana ini boleh membuatkan senggugut menjadi dua kali ganda sakitnya.

MANDI DENGAN AIR PANAS

4) Amalkan mandi dengan air panas sewaktu haid terutamanya ketika mengalami sakit senggugut. Air panas dapat menghilangkan rasa sakit senggugut.

JAGA PEMAKANAN - DIET YANG SEIMBANG

5) Amalkan diet seimbang ataupun amalan pemakanan yang sihat. Lebihkan pengambilan bijirin, sayur-sayuran dan buah-buahan yang segar.

SENAMAN RINGAN DAPAT MELEGAKAN RASA SAKIT SENGGUGUT

6) Amalkan senaman ringan sewaktu sedang mengalami sakit senggugut. Senaman sebegini mampu menghilangkan rasa sakit yang dialami. Jangan lakukan senaman yang berat dan elakkan mengangkat benda-benda yang berat sewaktu sedang haid kerana ia boleh mendatangkan kesan sampingan kepada rahim.

Itu antara petua-petua dan tipsnya yer. Bolehlah korang amalkan yer. Mungkin ada salah satu caranya yang serasi dengan korang. 

Post a Comment

Terbaru Lebih lama

Iklan In-Feed (homepage)

" target="_blank">Responsive Advertisement