13 Tips Deco Balkoni Rumah dengan Konsep Mini Garden

13 Tips Deco Balkoni Rumah dengan Konsep Mini Garden . Assalamualaikum. Sejuk mata memandang bila melihat tumbuh-tumbuhan yang menghijau dengan kehadiran bunga yang pelbagai warna. 

Tenang rasa hati melayan perasaan, sambil menghirup udara yang segar. Jika duduk di kawasan rumah yang ada tanah, memang seronok. Banyak pokok yang dapat kita tanam. 

Tapi, bila duduk di rumah yang bertangga, sama ada flat, apartment dan seangkatan dengannya, terbatas sedikit. Hanya boleh tanam dalam pasu sahaja. 

Eh siapa kata kalau duduk rumah yang ada balkoni kita tak boleh tanam pokok? A big no. Hanya ada dua pilihan sahaja. Nak atau tak nak. Pilihan di tangan kita. Pilih sahaja ikut kemahuan masing-masing. 


Mini Garden Cik Rose - Taman Bunga Ros, Bunga Daisy dan Bunga Orkid


Di bawah ini adalah gambar mini garden Cik Rose yang pernah Cik Rose usahakan di balkoni rumah kuarters. Masa ni bahagia rasa hati, melihat bunga-bunga kembang, tumbuh subur mewangi. 



Ada pelbagai jenis bunga yang jadi pilihan hati. Antaranya bunga orkid, bunga ros, bunga daisy dan beberapa jenis bunga yang lain. 

Sayang sangat dengan semua bunga-bunga. Banyak masa diluangkan dengan bunga-bunga ni semua. Bunga orkid pemberian emak. Dan bunga-bunga yang lain pula Cik Rose beli . 


Boleh lihat video bunga-bunga yang mekar berkembang di sini : KOLEKSI BUNGA ORKID


Di sini Cik Rose kongsikan tips untuk menyediakan Mini Garden di balkoni rumah. Tips dari facebook Deko-Deko Impian Malaysia. Terima kasih buat empunya idea dan gambar.




TIPS UTK SETUP MINI GARDEN DI BALKONI RUMAH SUPAYA LEBIH KEMAS DAN TERATUR



1. LUAS KAWASAN BALKONI. 
Pastikan ukuran luas balkoni sebelum membeli peralatan dan pokok-pokok untuk elakkan masalah tidak cukup ruang yang akan menyebabkan taman nampak crowded / semak. Berbeza taman di ruang tanah rumah bawah yang agak luas untuk menempatkan pokok-pokok yg banyak.


2. KEPELBAGAIAN POKOK & BUNGA. 
Pilih kombinasi pokok-pokok yang berbeza-beza dari segi fizikal bagi menampakkan taman lebih menarik dan tidak bosan seperti :
a) Bentuk daun: Bulat, bujur, tirus 
b) Warna daun: Hijau, kuning, merah
c) Ketinggian: Tinggi, rendah, mendatar, menjalar 
d) Jenis: Berbunga, tidak berbunga



3. PEMILIHAN PASU YANG TEPAT.
Gunakan bentuk dan warna pasu yang pelbagai dan bersesuaian dgn pokok bagi menampakkan kelainan dan variasi pada taman.

4. AMBIL TAHU CARA PENJAGAAN POKOK BUNGA.
Pastikan kita tahu sifat pokok berkenaan untuk membolehkan ianya hidup subur dengan penjagaan yang bersesuaian: 
a) jenis tidak boleh kena matahari secara terus 
b) jenis tidak boleh menangkung air di bahagian akar 
c) jenis kena siram tiap-tiap hari atau selang masa 
d) jenis pokok yang perlu cahaya matahari terus dan lain-lain

5. SUSUNAN POKOK  YANG MENARIK.
Gunakan rak, stool atau alas utk menyusun atau meletak pokok bagi memberi kepelbagaian ‘rythm’ kepada susunan pokok utk menampakkan taman lebih menarik, bukan hanya satu paras yg sama.



6. PENGGUNAAN AIR YANG BERSESUAIAN DENGAN PILIHAN TANAMAN.
Siram pokok atau sembur (misting) mengikut jenis pokok (ada pokok perlu siram setiap hari, ada dua hari sekali dan ada perlu siram hanya sekali seminggu), namun jumlah air mestilah dikawal memandangkan pokok-pokok ini berada di dalam pasu. Air berlebihan boleh menyebabkan akar pokok rosak dan pokok akan mati.

7. AMBIL TAHU JENIS TANAH YANG SESUAI.
Gunakan tanah yg sesuai dan telah dikompos dengan baja. Ada dijual di kedai-kedai bunga atau pasar raya. 

8. BAJA YANG SESUAI UNTUK TANAMAN DI BALKONI.
Perlu dibaja, sekurang-kurangnya 2-3 minggu sekali sama ada baja untuk daun atau bunga. Baja untuk kombinasi bunga dan daun ada dijual di nurseri. Namun kalau hanya pokok berdaun, memadai menggunakan baja untuk daun sahaja.

9. AMBIL KIRA FAKTOR ANGIN.
Memandangkan taman berada di aras tinggi, gunakan tanah dan pasu yg lebih berat untuk elakkan pokok terbalik dan jatuh akibat angin atau hujan yg lebat. Kalau nak gantung, kena pastikan ianya didrill dengan kuat dan gantungan kuat dan selamat.



10. KESESUAIAN MASA DENGAN TANAMAN.
Sekiranya rutin kerja kita menyebabkan kita selalu ‘outstation’, sila pastikan kita tanam pokok2 di taman kita yg tidak memerlukan siraman setiap hari. Kalau tak, balik outstation pokok akan layu atau mati. Kalau beli pokok di IKEA, biasanya di label ada ditulis siap2 tempoh siraman pokok berkenaan.

11. AWAS DENGAN SERANGGA PEROSAK. 
Rajin-rajin la tengok-tengok pokok berkenaan kalau-kalau ada serangga perosak yg boleh menyebabkan pokok mati. Kalau ada, boleh guna racun serangga yg boleh dibeli di kedai tanaman.

12. AMBIL TAHU SIFAT POKOK YANG DITANAM.
Masa beli pokok di kedai, tanya penjual berkenaan mengenai sifat pokok berkenaan utk elakkan pokok cepat mati.



13. KEBERSIHAN LANTAI.
Untuk elakkan lantai menjadi kotor semasa menyiram, gunakan pasu pendua atau pelapik. Biasanya pokok-pokok dalam pasu tidak memerlukan air yang banyak seperti pokok di atas tanah, so memadai siram terus ke tanah di dalam pasu, bukannya siram dari atas pokok bagi elakkan air meleleh keluar yang menyebabkan lantai kotor. 

Dikongsi oleh: Fendi Isa via DRKSK



Sebelum ini, Cik Rose ada kongsikan tips-tips penjagaan bunga. Bolehlah baca jika anda sedang mencari tips bunga subur, tips pokok berbunga banyak dan sebagainya. 


Baca di sini : Tips Pokok bunga subur 

Cik Rose kongsikan tips tersebut berdasarkan pengalaman sendiri sahaja. Bila dah minat, Cik Rose banyak try and error. 

Mana yang sesuai, Cik Rose teruskan dan yang tak menjadi memang Cik Rose tinggalkan. 












Post a Comment

Terbaru Lebih lama

Iklan In-Feed (homepage)

" target="_blank">Responsive Advertisement