GEGAR VAGANZA 8 | MINGGU 2, TIADA PENYINGKIRAN

GEGAR VAGANZA 8 | MINGGU 2, TIADA PENYINGKIRAN. Assalamualaikum. Malam tadi, 28 November 2021 menyaksikan 13 bintang beraksi di minggu kedua Gegar Vaganza 8.


Dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Jihan Muse, rancangan ini masih mendapat tempat di hati peminat hiburan tanah air. 






Setiap hari Ahad bersiaran pada jam 9 malam di Astro Ria. Menampilkan 3 juri tetap iaitu Dato' Ramli MS, bunda Hetty Kos Endang dan Dato' Syafinaz Selamat. Di minggu kedua, Dato Tamimi Siregar diundang menjadi juri jemputan. 


Senarai Bintang Gegar Vaganza 8


Seramai 13 bintang berentap untuk bergelar juara Gegar Vaganza musim ke 8. Antaranya ialah Aweera, Azan Scan, Datuk Fazley Yaakob, Shidee, Bandi Amuk, Aliff Aziz, Adibah Noor, Ani Mayuni, Suki, Nikki,  Upiak Isil, SAYA (Saiful Apek dan Yassin) dan Nico.


Markah Peserta GV8 di Minggu kedua





Aliff Aziz yang menyampaikan lagu Kasih Tak sampai nyanyian Kumpulan PADI mendapat markah tertinggi pada minggu kedua GV8. Aliff memperoleh markah sebanyak 81% sekaligus meletakkan beliau di tangga pertama. Aliff akan membawa lagu Kasihnya Laila nyanyian Kumpulan JInbara pada minggu hadapan. 


Adibah Noor yang membawa lagu Istana Menanti mendapat 72.8% dan berada di tangga kedua. Seterusnya Nikki di tangga ketiga dengan 71.7% yang menyanyikan lagu Drama. Suki yang menyampaikan lagu Hafiz, Kisah Cinta Kita mendapat 69.7%. Upiak, satu-satunya peserta dari Indonesia mendapat 69.6% yang membawakan lagu Aida Jebat berjudul Parah Parah.





Persembahan Kumpulan SAYA (Saiful Apek dan Yaasin) ditunggu-tunggu peminatnya. Menyanyikan lagu Gerhana, SAYA berjaya mendapat 66.2%. Sejujurnya Cik Rose suka dengan suara Yaasin.  Aweera menyanyikan lagu sendiri iaitu Andai Ku Bercinta Lagi, mendapat markah 64.7%. Salah satu peserta favourite Cik Rose ni. 





Shidee mendapat markah sebanyak 61.1% dengan lagu Malam. Seterusnya Bandi Amuk yang membawa lagu Untukmu Sayang dengan markah 60.8%. Azan Scan pula memperoleh 60% dengan lagu Sekelip Mata Kau Berubah. 


Tiga peserta yang menduduki tangga terbawah adalah Ani Mayuni (56.7%), Fazley (56%) dan Kumpulan NICO G (52.9%).  Masing-masing membawakan lagu Selangit, Laguku Untukmu dan Kaulah Gadisku. 


TIADA PENYINGKIRAN DI MINGGU KEDUA


Saat segmen Ada Lagu, Ada Lagi kali ni, tiada debaran macam musim yang lepas. Kerana formatnya berubah, dengan hanya 4 peserta sahaja dibenarkan berada di atas pentas di satu-satu masa (terikat dengan SOP). Jadi, kita boleh agak siapa yang akan mendapat lagu seterusnya. 


Apapun tahniah buat semua bintang kerana berjaya melangkah ke minggu ketiga. Adakah akan ada kejutan di minggu ketiga? 


Sama-sama kita nantikan. 


Bintang kembali menyegat di Gegar vaganza 8. 




Post a Comment

Terbaru Lebih lama

Iklan In-Feed (homepage)

" target="_blank">Responsive Advertisement