SINOPSIS DRAMA LOVE ELSA LAKONAN ZUL ARIFFIN DAN UYAINA ARSHAD DI ASTRO RIA
Drama adaptasi novel 'Love, Elsa' karya Acik Lana yang menggantikan drama Rindu Awak Separuh Nyawa yang telah berakhir. Drama ini disiarkan di slot MegaDrama Astro Ria. Menampilkan gandingan pelakon Zul Ariffin dan Uyaina Arshad. Love Elsa bersiaran mulai 15 Jun 2021, setiap Isnin hingga Khamis pukul 10 malam di Astro Ria.
SINOPSIS DRAMA LOVE ELSA
Ammara, seorang gadis yang mempunyai penyakit misteri dan dilarang menyentuh sesiapa sahaja di dunia ini. Apabila Ammara menyentuh kulit manusia, dia akan melalui sesuatu yang tidak dapat dikawal. Disebabkan penyakit misterinya itu, ayahnya menempatkan Ammara di satu kawasan.
Muncul Ridza Kim yang berpindah bersebelahan rumahnya. Ridza dibelenggu oleh kisah lalu apabila ibunya didapati membunuh diri. Secara tak sengaja, Ammara tersentuh Ridza dan mula melihat masa silam Ridza. Ammara menggunakan ketidaksempurnaannya untuk menolong Ridza menyelesaikan kes pembunuhan keluarganya.
Info Drama Love, Elsa
JUDUL : LOVE, ELSA
EPISOD : 24
TARIKH TAYANGAN : 15 Jun 2021
WAKTU SIARAN : Isnin-Khamis, 10:00 malam
SIARAN TV : Slot MegaDrama (Astro Ria)
PENULIS SKRIP : Nadia Khan, Mamu Vies
PENULIS NOVEL : Acik Lana
PENGARAH : Michael Ang
PRODUKSI : Juita Viden Sdn Bhd
PELAKON : Zul Ariffin, Uyaina Arshad, Azhar Amir, Ramona Zamzam, Nina Juren, Zeera Azizi, Mona Allen, Riz Amin, Nasz Sally, Iman Suhana, Ikhram Juhari, Nik Adam Mika, Ku Fridah, Mustafa Kamal
SINOPSIS NOVEL LOVE ELSA
Allergic? Ya, dalam dunia ini ada bermacam-macam jenis alahan yang terpaksa ditanggung oleh sesetengah manusia. Tapi berlainan dengan Ammara. ‘Allergic’ yang dihidapi telah mengubah kehidupannya secara total.
Katakan apa yang lebih teruk dari alahan terhadap sentuhan manusia?
Entah kenapa, Ammara seperti ‘diharam’ untuk menyentuh sesiapa di dunia ini. Setiap kali berlaku hubungan kulit ke kulit, pasti dirinya akan menempuh satu ‘pengembaraan’ yang sangat menjerihkan. Dan ia tak mampu dikawal mahupun dihalang!
Dan kerana penyakit misteri yang tiada penawar itu, Ammara membesar sebagai gadis yang sentiasa bergelut dalam kemurungan. Apatah lagi dirinya turut disisih oleh bapa dan keluarga. Berdukalah Ammara sebatang kara di dunia ini tanpa sesiapa menemani.
Namun, kemunculan Ridza Kim yang turut mendiami Mini London City perlahan-lahan berjaya mengubah cara hidup Ammara. Lelaki yang terlihat serba sempurna itu membuatkan lidahnya kembali berbicara, malah bibir juga sudah mampu tersenyum semula. Percayalah, ini satu-satunya sahabat yang dia ada.
“I sendiri tak tahu apa sumpahan yang ada pada tangan I. Yang I tahu, ia betul-betul menyusahkan hidup I. I dipanggil gila, sakit mental, kurang siuman disebabkan dua tangan ni. I’m a freak, Kim. I don’t belong here!” ~ Ammara
“You pun manusia biasa, macam I. Macam orang lain. Cuma yang membezakan you, you ada keistimewaan yang orang lain tak pernah ada. And I bet, ramai manusia sanggup melakukan apa saja untuk dapat kelebihan yang you ada.” ~ Ridza Kim
Kekurangan kini menjadi kelebihan tatkala Ammara menggunakan ‘allergic’nya untuk membantu Ridza Kim meyelesaikan kes pembunuhan bapa lelaki itu. Siapa sangka kedua belah tangan yang dianggap pembawa malang mampu memberi manfaat kepada orang lain. Satu persatu misteri berjaya diselesaikan olehnya.
Dan selepas menempuhi waktu sukar dan senang bersama, perasaan Ammara terhadap Ridza Kim mula jelas. Rasa itu bukan lagi biasa-biasa, sebaliknya terlalu istimewa. Kehadiran Ridza Kim begitu kuat sehingga dia lemah memendam cinta yang pertama kali membenih dalam hatinya.
Tapi mampukah Ammara mencipta bahagia apabila ada Ji Hyun di sisi Ridza Kim? Dan sanggupkah lelaki itu menerima dirinya bila mereka ‘dipantang’ untuk saling bersentuhan
LAGU TEMA (OST) Love Elsa
Lagu : Ika Noh
Penyanyi : Marsha Milan feat Fanzi Ruji
Komposer : Marsha Milan
Lirik : Fanzi Ruji, Asfarinah Mansor, Carlesie Lubin
Lirik Lagu Ika Noh nyanyian Marsha Milan dan Fanzi Ruji
Pirubaan toh di pogulu Osorou ku ih ngingis nu Di olumis Kogogor tundu undu ku Iti manaku komoyon Do piginawaan Osorou ku sorot di mato nu
Atarom kotodok tundu undu ku
Aganggarau ginawo ku Inggaa pakayaan Mibatos kito ngoduo Do mindalin diti Koposion tohOh, it's you Oh, it's you Oh, it's you, oohh Oh, it's you Oh, it's you Oi koupusan ku Miiso oh duo ginawo Ika songulun toronongon ku Hiti oku ih kasari Mongintong dika Oohh. Osorou ku ih ngingis nu Kogogor tundu undu ku Iti manaku komoyon Do piginawaan Osorou ku sorot di mato nu Kotodok tundu undu ku Aganggarau ginawo ku Inggaa pakayaan Mibatos kito ngoduo Do mindalin diti Koposion toh Oh, it's you Oh, it's you,ohhh Oh, it's you, Oh, it's you Oh, it's you,oohh. Mibatos kito ngoduo Koposion toh Oh, it's you, Oh, it's you Oi koupusan ku
Selamat menonton!
Catat Ulasan