TOTAL LOCKDOWN 1 JUN 2021 HINGGA 14 JUN 2021 DIUMUMKAN PERDANA MENTERI
28 Mei 2021, sebanyak 8290 kes positif covid19 dilaporkan Ia adalah kes positif harian yang tertinggi. Sungguh merisaukan bila angka ini kian meningkat. Tiada tanda ianya akan menurun.
Jika dulu melihat dua angka sahaja sudah membuatkan kita resah. Kini, dengan 4 angka seakan sudah biasa bagi sesetengah individu.
Petang tadi, 28 Mei 2021, kenyataan media dari Pejabat Perdana Menteri dikeluarkan.
Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara( MKN) telah memutuskan untuk melaksanakan penutupan penuh sektor sosial dan ekonomi ataupun 'TOTAL LOCKDOWN' Fasa Pertama di seluruh negara bagi tempoh 14 hari bermula 1 Jum 2021 hingga 14 Jun 2021.
Catat Ulasan