COSMODERM PINK | Cosmoderm Perfect Balanced set lengkap penjagaan wajah!

COSMODERM PINK | Cosmoderm Perfect Balanced set lengkap penjagaan wajah!


Assalamualaikum. Banyak produk penjagaan wajah di pasaran. Rambang mata nak memilih yang mana satu. Tapi, nak beli penjagaan wajah bukan senang tau. Banyak aspek yang perlu di teliti. 


Sesuai ke tidak kan dengan wajah kita. Kulit kita ni berbeza jenisnya. Ada yang kering, berminyak, kusam, berjerawat dan lain-lain. 


Yang masih tercari-cari set penjagaan wajah tu, bolehlah memilih set terbaru dari Cosmoderm. Baru-baru ni, Cosmoderm melancarkan set penjagaan wajah yang baru iaitu Cosmoderm Perfect Balanced. 


Packaging berwarna pink! Sweet sangat tau. 




Cosmoderm Perfect Balanced yang diformulasi dari 𝑷𝒓𝒆𝒃𝒊𝒐𝒕𝒊𝒌 dan 𝑪𝒂𝒍𝒂𝒎𝒊𝒏𝒆 ini terdiri daripada :


1. Foaming Cleanser

2. Toning Lotion

3. Soothing WOW Cream

4. SunMilk SPF 25 PA++


Set lengkap Cosmoderm ni mempunyai 4 rangkaian produk. Bolehlah pakai ikut step by step kan. 




Keempat-empat produk ini telah diuji secara dermatologi, sesuai untuk semua jenis kulit termasuk kulit sensitif dan BEBAS dari:


• Paraben ( Paraben )

• Wangian ( Fragrance )

• Pewarna Buatan ( Artificial Colorant )


Fungsi Prebiotik dan Calamine


Prebiotik - adalah sejenis bakteria baik yang membantu menyeimbangkan mikrobioma kulit untuk mengelakkan kemerahan dan meningkatkan kecerahan kulit.


Calamine - Ramuan yang terkenal kerana khasiatnya yang baik untuk mengurangkan kerengsaan kulit dan kegatalan. Ia juga mengurangkan minyak dan kemerahan pada kulit.




4 langkah mudah memiliki wajah yang bersih dan sihat


1. Perfect Balanced Foaming Cleanser




Pertama sekali, bersihkan wajah dengan foaming cleanser dari Cosmoderm ni. Cara Cik Rose pakai, picit sedikit di tapak tangan. Gosok dengan sedikit air dan terus bersihkan wajah. Yang best, cleanser ni tak banyak buih ya. Kemudian, bersihkan dengan air dan lap lembut dengan tuala/kain. Lembut je muka tau lepas pakai.

Ia berfungsi untuk membersihkan kulit dari segala kotoran dan membantu mengurangkan minyak berlebihan dan kemerahan pada kulit. Sesuai digunakan untuk semua jenis kulit - kulit normal atau sensitif. Ia juga bebas dari sebarang bahan kimia berbahaya seperti paraben, fragrance, SLS / SLES dan juga artifial colorant.


2. Perfect Balanced Toning Lotion




Langkah kedua, gunakan toning lotion. Tuang sedikit ke tapak tangan dan terus ratakan di wajah. Tepuk-tepuk manja je di muka. Tu cara Cik Rose. Kalau anda dah biasa guna kapas atau cotton pad, boleh teruskan. Jenis Cik Rose, lagi suka guna jari jemari . hihi. 

Ia mengandungi Calamine dan 20,000ppm prebiotik yang baik untuk melegakan kemerahan pada kulit. Juga membantu dalam memberikan kelembapan dan meningkatkan pertahanan semulajadi bagi mengekalkan keseimbangan mikrobioma kulit. Memang elok je muka lepas pakai, rasa nyaman gitu. Tak ada pedih atau timbul kemerah-merahan. 


3. Perfect Balanced Soothing WOW Cream




Langkah ketiga adalah menggunakan Soothing WOW Cream. Kiranya krim pelembablah. Cara guna memang mudah. Calit je sedikit di pipi, dahi, dagu dan hidung. Terus ratakan. Jangan main gosok je ye. Mestilah buat secara urutan menegak ke atas. Barulah muka tu anjal dalam jangka masa yang lama. Sekian tips dari Cik Rose. hihi. 


Fungsinya adalah untuk memberikan kelembapan pada kulit. Mengandungi Calamine dan juga 30,000ppm yang membantu untuk melegakan kulit dan membaiki daya tahan kulit. Krim ni juga membantu mengurangkan cela di wajah. Kenalah displin pakai setiap hari, baru nampak perubahannya. 


4. Perfect Balanced Sun Milk Spf25PA++




Seterusnya, langkah akhir adalah dengan menggunakan Sun Milk. Ia adalah sunscreen yang bertindak untuk melindungi kulit dari sinar UVA dan UVB yang berbahaya. Tapi, kandungan SPF nya adalah 25PA++. Sebelum ni, Cik Rose gunakan sunscreen yang mengandungi SPF50PA++.


Cara menggunakannya adalah, picit sun milk ni sebanyak 2 jari. Dan ratakan di wajah. Jangan risau, sunscreesn Cosmoderm ni tak menjadikan warna kulit berubah ya. Ia tak ada kesan warna putih.  Tak adalah nampak 'kelabu' di wajah. 




Harga produk Cosmoderm Perfect Balanced


Foaming Cleanser : RM19.90

Toning Lotion : RM45.90

Soothing WOW Cream : RM65.00

Sun Milk with SPF25 PA+++ : RM60.00



Jika anda berminat dengan set Cosmoderm Pink - Cosmoderm Perfect Balanced ni, bolehlah dapatkan  di Watson, Guardian dan atau secara online di https://www.cosmoderm.com.my dan Shopee Cosmoderm.


Info lanjut :


Facebook: Cosmoderm

Instagram: Cosmoderm

Website: www.cosmoderm.com.my



#skincare

#beautyproduct









Post a Comment

Terbaru Lebih lama

Iklan In-Feed (homepage)

" target="_blank">Responsive Advertisement