Tarikh Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia SPM Tahun 2020.
Pandemik covid -19 yang melanda negara kita, membuatkan banyak sektor yang terjejas. Bukan sahaja sektor perniagaan, namun sektor pendidikan juga mendapat tempias.
Peperiksaan utama seperti Sijil Pelajaran Malaysia(SPM) bagi tahun 2020 terpaksa ditunda ke tahun ini, 2021. Kebiasaannya SPM dijalankan pada bulan November hingga Disember pada tahun semasa.
Berbeza bagi SPM tahun 2020, ianya terpaksa ditunda kerana pembelajaran bagi tahun 2020 telah terjejas.
Peperiksaan SPM dijadualkan bermula pada hari Isnin, 22 Februari 2021. Anak saudara Cik Rose ada yang terlibat dengan SPM 2.0 ni. hihi saja Cik Rose gelarkan 2.0. Tak nak kalah konsepnya.
Moga diberikan kelancaran dan ketenangan untuk anak saudara Cik Rose, Daniel dalam menjawab peperiksaan SPM ini. Juga buat semua pelajar yang menduduki peperiksaan SPM dan SVM 2020.
Berikut merupakan petikan ucapan oleh Dr. Radzi Jidin, Menteri Kanan Pendidikan Malaysia buat semua anak - anak yang bakal menduduki peperiksaan SPM dan SVM :
Kepada anak-anak yang bakal menduduki peperikaan SPM dan SVM esok, pak cik doakan yang terbaik. Dalam pelbagai kekangan dan cabaran yang dihadapi sepanjang setahun yang lalu, tentunya anak-anak telah berikhtiar dan berusaha sehabis baik.
Dapatkanlah rehat yang secukupnya malam ini. Rasa gementar, gemuruh atau takut itu adalah biasa. Pak cik yang telah menduduki pelbagai peperiksaan pun sentiasa ada perasaan sedemikian bila sampai hari peperiksaan.
Apa yang paling penting, kenal diri kita dan gunakanlah kaedah yang terbaik untuk mendapat ketenangan. Pak cik dahulu sentiasa bisikkan ke hati, “sesungguhnya aku telah berikhtiar bersungguh-sungguh untuk menghadapi peperiksaan esok” dan “malam ini aku perlu rehatkan diri dan minda untuk berikhtiar di dalam dewan peperiksaan pula esok”.
Di dalam dewan peperiksaan, tiada yang lebih penting daripada memberi fokus sepenuhnya. Sekiranya gementar, tenangkan diri terlebih dahulu. Jangan biarkan perasaan gementar dan gemuruh mengganggu ikhtiar anak-anak. Kalau cara pak cik dahulu, letakkan pen sekejap, minum air sedikit serta tarik nafas dalam-dalam.
Dengan berbekalkan berkat doa ibu bapa, keluarga serta guru-guru, pak cik yakin InsyaAllah anak-anak akan dapat menempuhi peperiksaan ini dengan tenang.
Jangan lupa patuhi semua SOP yang telah ditetapkan ya!
Di bawah ini pula dikongsikan kenyataan media oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia.
Catat Ulasan