Bismillahirrahmanirrahim بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَ
اللهم صلى على سيدنا محمد وعلى آله واصحابه وسلم
Assalamualaikum WBT
11 Rejab 1442H | 23 Februari 2021
Tanggal bersejarah iaitu pada 11 Februari 2021 yang lalu, diriku sudah selamat diijab kabul bersama pilihan hatiku. Cewah..hehe. ALHAMDULILLAH. Selamat mengakhirkan zaman bujangku dikala umur kini hampir masuk 32 tahun untuk beberapa bulan lagi. haha. MasyaAllah. Macam tak percaya..dah jadi isteri pada seseorang =) Feel blessed.
Jodoh itu cerminan diri kita , jika kita baik maka jodoh kita pun baik. Jika kita tidak baik maka jodoh kita tidak baik. Sebab tu, doa je tak cukup. Sentiasa perbaiki diri untuk menjadi lebih baik, menjadi suami, isteri yang soleh solehah.
Percayalah yang datang lambat itu adalah yang terbaik untuk kita. Kita hanya perlu terus berusaha dan berdoa kepada-NYA. Mintalah dengan sungguh-sungguh agar jodoh datang pada waktu yang tepat. Mungkin jodoh itu lambat untuk mengajar diri kita agar lebih menghargai dan memperbaiki diri. Yela, jika yang pernah hadir sebelum ini lebih banyak menyakiti, makan hati, bersendiri, mungkin yang datang ini, adalah yang terakhir yang akan mengubat hati, menemani diri dan dapat sama-sama memperbaiki diri menjadi hamba-NYA yang lebih baik di masa depan nanti. InsyaAllah. =')
Jangan pernah rasa kecewa jika jodoh lambat sampai, teruskan MENCARI, MEMILIH dan BERDOA. Jika sudah tertulis jodoh korang kat dunia ni, cepat atau lambat pasti akan datang. Yang penting kita YAKIN dengan DIA ^_^
Doakan moga segalanya baik-baik sahaja nanti. Dan Yaya pun doa moga yang membaca ni, akan bahagia selalu disamping orang-orang yang tersayang dunia & akhirat. Aamiin =)
رَبِّ اغْفِرْ لِيْ وَلِوَالِدَيَّ وَارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِيْ صَغِيْرًا
Ya Allah, ampunilah aku dan kedua orang tuaku, serta berilah rahmat kepada kedua-duanya,
sebagaimana mereka mendidikku pada waktu kecil.
Aamiin
سبحان الله
الحمد لله
لا اله إلا الله
الله اكبر
Catat Ulasan