NEELOFA | Susu Mangga Nilofa sedap ke tidak?

NEELOFA Susu Mangga Nilofa sedap ke tidak? | Assalamualaikum. Siapa sahaja yang tak mengenali nama Neelofa kan. Semestinya ramai yang tahu tentang Neelofa. 


Tudung Naelofar, susu Nilofa, lipstick dan lain-lain produk keluaran syarikatnya. Sedikit perihal susu Nilofa ni, Cik Rose pernah rasa susu pisang. 


Namun, mungkin kerana Cik Rose sendiri tidak menggemari buah pisang, sebab tu lah tekak agak tak berapa gemar akan susu pisang. Tak kiralah jenama apa pun. 


Bila Neelofa mengeluarkan susu berperisa mangga, Cik Rose tertanya-tanya. Bagaimana rasa susu mangga tu? Sedap ke susu mangga Nilofa ni? Eh manis ke susu Nilofa ni? 


Ha, banyakkan persoalan yang bermain di minda ni. Tertarik dengan warna bungkusan susu mangga ni, membuatkan Cik Rose tak sabar nak cuba! Warna oren terang dengan ilustrasi buah mangga. Memang menarik. 


Cik Rose buat keputusan membelinya di Shopee. Harganya sama sahaja sama ada beli di Shopee atau dari agen. Harga tetap kan. Cik Rose beli satu kotak yang mengandungi enam pack susu. 


Setibanya susu Nilofa, Cik Rose sejukkan dahulu. Bila dah sejuk, terus cuba satu. Alahai, sedapnya! Ya ,  sedap di tekak Cik Rose. Nikmatnya rasa bila susu tu lalu di tekak! 




Cik Rose memang suka susu berperisa mangga keluaran Nilofa ni. Rasa mangga dan susu yang diadun tu, memang terbaik. 

Terus Cik Rose pesan lagi satu kotak.Hihi. Bersusun susu Nilofa ni dalam peti ais masa tu. Terasa nak minum, capai sahaja dalam peti ais. 


Ada yang suka juga susu Nilofa? Anda suka perisa apa? Susu berperisa pisang, kurma , durian atau mangga? 

Setakat ni, Cik Rose belum pernah mencuba lagi susu berperisa durian dan pisang & kurma dari Nilofa. Jadi, tak dapat nak berikan komen akan rasanya. 

Untuk ulang beli, ya Cik Rose akan pilih mangga berbanding pisang. 



Post a Comment

Terbaru Lebih lama

Iklan In-Feed (homepage)

" target="_blank">Responsive Advertisement