Tahun 2020 meninggalkan kita, Selamat Datang 2021.
Assalamualaikum.
03 Januari 2021. Terlewat 3 hari untuk menulis tentang tahun baru. Eh tiada istilah lewat ya. Di kesempatan ini, Cik Rose mengucapkan Selamat Tahun Baru 2021.
Antara memori-memori tahun 2020 di instagram. Gambar sendiri dan gambar masakan di musim PKP.
Azam baru? Cerita tentang azam baru, ada yang meletakkan azam baru bagi tahun ini. Ada pula yang 'carry forward' azam tahun lepas. Dan ada pula yang malas dah nak berazam-azam. Redah sahaja. Cik Rose pun tak pasti ada azam ke tak. hihi. Yang pasti Cik Rose memang ada target untuk tahun 2021 ni.
Nak perbaiki diri dan menjadi lebih baik dari semalam. Cik Rose hanyalah manusia biasa, yang tak terlepas melakukan kesalahan antara sedar atau tidak sedar.
Oh ya, di sini Cik Rose ingin memohon maaf kepada semua orang jika Cik Rose ada buat silap. Terkecilkan hati ke, terkasar bahasa, termasam muka, terkata atau marah-marah. Biasalah kadang-kadang tak sedar semua tu. Maaf sangat.
Tahun 2020, tahun penuh makna.
Bermula Januari, sibuk dengan aktiviti. Sukan di tempat kerja, aktiviti persatuan PEWAKAS di Jb, majlis Mess Night, aktiviti di blok. Semua tu jadi kenangan.
Majlis Apresiasi PEWAKAS Johor
Mess Night
Juga dengan sakit gigi, hingga memerlukan rawatan akar. Aduh, sakit gigi jangan di buat main.
COVID 19 DI MALAYSIA
Kita diuji dengan penyakit Covid 19 dari awal tahun 2020. Namun, ianya memuncak pada Mac 2020 hingga perintah PKP(perintah kawalan pergerakan) dikuatkuasakan.
Ketika itu, suami Cik Rose terlibat tugasan luar(Tentera). Terlibat dengan SJR (sekatan jalan raya) di luar daerah. Dan pada masa yang sama, keluarga Cik Rose (mak, ayah dan 4 orang anak saudara) terperangkap di rumah Cik Rose bila sekatan rentas negeri dikuatkuasakan. Sebenarnya family Cik Rose datang rumah sebab masa tu cuti sekolah bulan Mac. Tak sangka langsung akan ada PKP masa tu.
Rezeki Cik Rose lah, dapat bersama keluarga di rumah. Kalau tak, duduk seoranglah! Alhamdulillah. Kadang-kadang kita tak sedar. Ada hikmah di sebalik apa yang berlaku.
Dari bulan Mac hingga Jun, family di sini. Raya di sini. Tapi, di sebalik itu, abang Cik Rose keseorangan di Kedah, adik di Cyberjaya dan kakak di Penang. Apakan daya. Keadaan tak mengizinkan.
Sepanjang di rumah, sempatlah sambut hari lahir ayah, beraya bersama, makan dan masak bersama mak dan anak saudara. Ada sahaja aktiviti di rumah kan. Syukur. Terima kasih Ya Allah.
Suprise untuk hari lahir Ayah
Antara juadah yang disediakan di masa PKP bersama keluarga
Kuih Cara Berlauk
Cucur Jagung
Kerja. ~ penggiliran waktu berkerja. Ya, office Cik Rose buka dan ada jadual penggiliran berkerja. Suasana tak macam selalu, sebab sikit je yang datang kerja kan.
Tahun 2020 juga, ulangtahun kelahiran yang bermakna. Sambut dengan suami dan keluarga di sisi. Dapat suprise kek dan hadiah. Thank you abang. Dapat hadiah dari kakak, adik dan teman-teman. Terima kasih semuanya. Alhamdulillah.
Dan tahun 2020 juga, Kitty hadir dalam hidup Cik Rose. Bayangkan dari seorang yang takut kucing, kena jaga kucing. Macam mana tu? Hihi. Kitty merubah diri Cik Rose. Cik Rose dah tak takut kucing!
Bulan Jun ~ family nak balik Kedah dah. Apabila diumumkan boleh rentas negeri, family Cik Rose ambil keputusan balik, bimbang jika sekatan dikuatkuasakan semula.
Bulan Julai. Kesedihan berganda.
Suami terlibat dengan tugasan di negeri Sabah. Berpisah sementara, katanya 3 bulan. Namun, kita yang merancang, Allah yang menentukannya. Jadual pulang dijangka awal Oktober terpaksa ditunda kerana kes covid meningkat. Ditunda hingga akhir November. Tak apa, asalkan semuanya sihat dan selamat tiba.
Oktober ~ mendapat kejutan dari suami nun jauh di sana. Hadiah ulangtahun perkahwinan. Terima kasih. Moga hubungan kita disirami sinar kebahagian dan diredhai Allah.
November ~ Alhamdulillah. Kepulangan yang di nanti.
Disember ~ Kejutan demi kejutan.
Seorang demi seorang dapat surat pertukaran. Baik yang beruniform, mahupun gunasama. Moga semuanya dipermudahkan dan berjaya di tempat baru.
Motif gambar? Hihi. Hidangan di Majlis perpisahan officemate.
2020 telah berlalu. Meninggalkan kenangan suka dan duka. Moga 2021 lebih baik dari sebelumnya. Moga kita semua dikurniakan kesihatan yang baik dan dimurahkan rezeki.
Mohon bacakan Al Fatihah buat Kakak Cik Rose (Rosliana binti Ruslan) yang telah meninggal dunia ~ 13 Jun 2019.
Love.
Catat Ulasan