Assalamualaikum. Hari ini, 21 Januari 2021. Agak lama tak menulis. Juga tak menjengah blog sendiri. Kekangan waktu. Maklumlah awal tahun. Agak sibuk dengan tugas hakiki.
Tambahan pula bila diumumkan PKP ekoran kes covid19 yang mencanak naik di negara kita. Mula-mula agak risau melihat angka ribuan. Dek kerana perasaan yag ada tu, Cik Rose cuba mengelak dari mengetahui angka yang positif covid19.
Gambar di bawah adalah gambar hidangan sarapan pagi yang sempat Cik Rose dan rakan makan di warung sebelum diumumkan PKP.
Roti telur sardin bersama secawan nescafe tarik. Alhamdulillah, menepati citarasa. Sesedap rasa.
KERAJAAN SETUJU OPERASI KEDAI MAKAN DAN RESTORAN DILANJUTKAN SEHINGGA 10.00 MALAM BERMULA 22 JANUARI 2021.
Ya, petang tadi telah diumumkan bahawa operasi kedai makan dan restoran dilanjutkan.
Waktu operasi kedai makan dan restoran dilanjutkan sehingga 10 malam bermula esok (Jumaat).
SOP masih kekal iaitu tidak dibenarkan makan di premis makanan.
Hanya dibenarkan:
Pembungkusan ✅
Penghantaran ✅
Pandu lalu.✅
Biasalah, bila diumumkan, pelbagai komen yang dapat kita baca di media sosial. Ada pro dan kontranya. Buat itu, akan dikritik. Buat ini, akan dikritik. Manakan boleh nak puaskan hati semua orang, kan?
Apapun, moga kita semua dijauhi dari penyakit covid19.
Jaga kesihatan ya :)
Catat Ulasan