Kenapa tak elok berjaga malam?

Assalamualaikum. Kenapa tak elok berjaga malam? Ramai yang tertanya-tanyakan kenapa. Betul ke bahaya kalau tak tidur malam? 


Ada banyak sebab kenapa tak boleh nak tidur malam. Dah paksa mata, tak nak juga lena. Pusing sana, pusing sini, tetap tak boleh tidur. 


Punca seseorang sukar tidur adalah:

  • Stres dalam kehidupan harian

  • Pelancongan dan jadual kerja yang menggangu masa tidur

  • Amalan tidur yang kurang memuaskan seperti penggunaan komputer atau telefon bimbit sebelum tidur.

  • Makan dalam kuantiti yang besar sebelum tidur

  • Penyakit-penyakit psikiatri seperti kemurungan dan keresahan. Bagi sesetengah kes insomnia, sukar tidur tanda sakit mental.

  • Sesetengah ubat asma, ubat darah tinggi, ubat tahan sakit dan ubat selesema.

  • Masalah kesihatan yang lain seperti kanser, diabetes, penyakit jantung, asma, pedih ulu hati, penyakit tiroid dan penyakit Alzheimer.

  • Kafein, nikotin (bahan racun dalam rokok) dan minuman arak


Kalau masalah tidur berlarutan, dan kita tak cuba untuk mengatasinya, aka mendatangkan kesan yang negatif pada diri kita dalam jangka waktu yang panjang. 


Oleh itu, jagalah rutin tidur kita. Jangan biar ia berlarutan dari sehari ke sehari. Bimbang kita terbiasa dengan waktu itu, kita akan rasa normal. Namun, sebenarnya tidak normal ya. 


Kesan kerap berjaga malam adalah : 


Pelupa dan tiada daya tumpuan. 

Menyebabkan penyusutan 'white matter' pada otak yang pentinf bagi proses pembelajaran. 


Obesiti dan Diabetis.

Gangguan pada metabolisma badan dan perubahan hormon insulin yang menyebabkan individu lapar dan berkeinginan mencari makanan berkabohidrat/ gula . 


Emosi terganggu.

Mudah bercelaru, stress, keliru, dan sedih .


Impak kesihatan asas. 

Impak asas terhadap immuniti badan boleh menyebabkan infeksi badan seperti selsema dan lain-lain kerana ianya boleh membawa ke kanser.



Oleh itu, untuk anda yang mengalami masalah sukar tidur malam, bolehlah mencuba beberapa tips di bawah :


  • Cuba menetapkan waktu tidur dan waktu bangun anda

  • Kurangkan tidur pada waktu siang

  • Dapatkan nasihat doktor tentang ubat-ubatan yang anda sedang ambil kerana sesetengah ubat boleh menyebabkan insomnia.

  • Kurangkan pengambilan kafein dan minuman arak. Berhenti merokok.

  • Tidak bersenam semasa berdekatan dengan masa tidur. Bersenamlah pada waktu siang kerana senaman yang mencukupi boleh membantu kita tidur nyenyak.

  • Tempat tidur haruslah digunakan untuk tidur atau hubungan kelamin sahaja. Elakkan bekerja atau menonton televisyen di dalam bilik tidur.

  • Elakkan makan malam yang terlalu berat terutamanya semasa berdekatan dengan masa tidur.

  • Amalan yang tetap sebelum tidur adalah sangat digalakkan. Antara contoh amalan ini termasuklah memberus gigi dan membasuh muka.

  • Pakailah pakaian yang selesa semasa tidur

  • Kurangkan cahaya dan bunyi bising di dalam bilik tidur yang boleh menjejaskan kualiti tidur

  • Jika susah masuk tidur, bangun dan cubalah membaca di bilik yang lain sehingga mengantuk.



Stay safe :)


Post a Comment

Terbaru Lebih lama

Iklan In-Feed (homepage)

" target="_blank">Responsive Advertisement