DRAMA RAHIMAH TANPA RAHIM EPISOD 1 HINGGA 2 (AKHIR) DI TV3

DRAMA RAHIMAH TANPA RAHIM EPISOD 1 HINGGA 2 (AKHIR) DI TV3

Drama bersiri 'Rahimah Tanpa Rahim' yang memggantikan drama Bidadari Salju yang telah pun berakhir. Drama ini  disiarkan di slot Akasia TV3. Menampilkan lakonan Azlee Khairi, Puteri Aishah, Hafidz Roshdi, Ezzaty Abdullah sebagai teraju utama. 

Drama ini adalah arahan Eoon Shuhaini dan terbitan Country & Universal Sdn Bhd. Mula bersiaran mulai 22 Januari 2021(Jumaat), pada setiap Isnin hingga Jumaat, pukul 7 malam di TV3.




Belum pun disiarkan, drama ini telah mendapat perhatian ramai. Tajuk drama ini iaitu Rahimah Tanpa Rahim menimbulkan sedikit 'cakap-cakap' di kalangan penonton, juga oleh orang industri. 

Drama ini juga akan membuat kita 'mendidih' menontonnya. Sebab apa? Sebab ada Mak Leha iaitu Liza Abdullah. 



INFO DRAMA RAHIMAH TANPA RAHIM

JUDUL : RAHIMAH TANPA RAHIM

EPISOD : 28
TARIKH TAYANGAN : 22 Januari 2021(Jumaat)
WAKTU SIARAN : Isnin-Jumaat, 7:00 malam
SIARAN TV : Slot Akasia TV3
PENULIS SKRIP : Puovin & Tommy Loh
PENGARAH : Eoon Shuhaini
PRODUKSI : Country & Universal Sdn Bhd
PELAKON : Azlee Khairi, Puteri Aishah, Hafidz Roshdi, Ezzaty Abdullah, Liza Abdullah, Amelina, Mustaqim Bahadon, Sera Melissa, Anne Abdullah, Diana Dee, Badrul Muhayat, Farhan Asri, Azri Iskandar, Che Kem, Kween Keela, Lana Nodin, Zalfa Zin 


BARISAN PELAKON DAN WATAK DRAMA INI

Azlee Khairi sebagai Jauhar
Puteri Aishah sebagai Rahimah
Hafidz Roshdi sebagai Adli
Ezzaty Abdullah sebagai Nurul
Liza Abdullah sebagai Mak Ani
Amelina sebagai Puan Sakinah
Mustaqim Bahadon sebagai Ramzi
Sera Melissa sebagai Rozana
Anne Abdullah sebagai Puan Faridah
Diana Dee sebagai Shidah





TONTON ONLINE DRAMA RAHIMAH TANPA RAHIM EPISOD 1 HINGGA EPISOD 28 (AKHIR)


EPISOD 1

https://www.iq.com/play/1eoc7sm6bhh?&lang=ms_my&sh_pltf=4


EPISOD 2

https://www.iq.com/play/139pc2zq5m0


SINOPSIS DRAMA RAHIMAH TANPA RAHIM

Mengisahkan tentang Rahimah (Puteri Aishah) yang menghidap sindrom MRKH. Rahimah merupakan seorang yang penyayang dan baik hati kepada semua orang di sekelilingnya. Sungguhpun kehidupan hariannya sentiasa dicemuh oleh ibu tirinya, Mak Aini (Lizza Abdullah), namun Rahimah tetap cuba untuk menyesuaikan diri di kampungnya dengan membantu jiran-jirannya.

Dalam masa yang sama, bapa Rahimah, Pak Akob (Badrul Muhayat) sering kelihatan mesra dengan rakan karib anaknya, Shida (Diana Dee DFKL). Perbuatan ini mampu dihidu oleh Rahimah, tetapi setiap kali Rahimah cuba untuk memberitahu Mak Aini, Mak Aini akan memarahinya kerana tidak mempercayai kata-kata Rahimah. Rahimah kemudiannya bertemu dengan Jauhar (Azlee Khairi), pengasas NGO remaja bermasalah. Ada sesuatu tentang keikhlasan dan kenaifan Rahimah yang menarik Jauhar untuk cuba membantunya. Namun kerana masalah itu melibatkan keluarganya, Rahimah takut maruah keluarga tergadai dan semakin cuba untuk menjarakkan diri daripada Jauhar.

Mengeruhkan lagi keadaan adalah Mak Aini yang tidak suka Rahimah berhubungan dengan Jauhar kerana tidak mahu nama keluarganya terpalit dengan tuduhan dan fitnah orang kampung. Sebagai seorang yang amat tegas menjaga nama baik dan maruah keluarganya, Mak Aini cukup pantang apabila orang kampung berbicara buruk tentang keluarganya. Namun, keberangan Mak Aini memuncak apabila terjadi suatu tragedi yang melibatkan Pak Akob dan bermula daripada peristiwa itu, Mak Aini mengambil tindakan untuk menghalau Rahimah dari rumah selama-lamanya.

Apakah kaitan Rahimah dengan kes Pak Akob itu? Mampukah perempuan tidak sempurna ini bertahan dalam kehidupannya? Dan adakah Mak Aini mampu pertahankan nama baik keluarganya?


#RahimahTanpaRahim

Post a Comment

Terbaru Lebih lama

Iklan In-Feed (homepage)

" target="_blank">Responsive Advertisement