BANTUAN PRIHATIN RAKYAT(BPR 2021) BORANG PERMOHONAN BPR DAN CARA KEMASKINI MAKLUMAT PERMOHONAN
Assalamualaikum. Telah diumumkan mengenai Bantuan Prihatin Rakyat 2021 oleh YAB Perdana Menteri sebelum ini. Alhamdulillah, rezeki buat mereka yang layak. BPR ini adalah pengganti BSH.
Macam mana nak mohon BPR 2021? Siapa yang layak BPR 2021 ni? Banyak persoalan yang bermain di minda kan.
Borang PERMOHONAN BARU BPR 2021 boleh didapati di website. Tak perlu ke LHDN untuk mengambil borang. Untuk penerima BPN (Bantuan Prihatin Nasional) sebelum ini, anda boleh kemaskini maklumat jika ada perubahan.
Boleh layari website BPR di :
utk kemaskini maklumat dan Permohonan Baru secara online.
Senang dan cepat, boleh terus mohon online.
Anda perlu log in menggunakan id pengguna dan kata laluan yg anda telah daftarkan semasa mendaftar BSH.
Cik Rose dah buka websitenya. Kalau pernah mohin BPN, guna sahaja id dan kata laluan yang sama.
Bila dah berjaya masuk, boleh semak kelayakan. Seterusnya terus klik bahagian KEMASKINI.
Dan anda perlu upload dokumen sokongan.
SALINAN Dokumen yg di perlukan JIKA MENGGUNAKAN BORANG :
PERMOHONAN BARU/KEMASKINI.
Baru berkahwin/Perceraian/ibu/bapa tunggal yg mempunyai tanggungan/kematian pasangan/tambahan tanggungan/anak/keluarkan anak dr tanggungan/mempunyai anak tak berkahwin/anak angkat yg setaraf.
1) IC SUAMI ISTERI
2) SIJIL KAHWIN/SIJIL PERCERAIAN/KEMATIAN PASANGAN.
3) SIJIL LAHIR ANAK(17thn kebawah dan 18thn-20thn yg masih bersekolah/belajar IPT/tidak bekerja dan tiada pendapatan
5) SIJIL LAHIR ANAK ANGKAT
6) AKAUN BANK SUAMI ISTERI dan salah seorang pasangan mempunyai akaun bank/kedua dua pasangan yg tiada akaun.
7) No Hp terkini.
Bujang OKU 18thn-59thn Dan Bujang 21thn-59thn/ibubapa tunggal/balu/janda/duda yg tidak mempunyai anak
1) ic pemohon
2) ic waris
3) sijil kematian pasangan
4) sijil lahir anak angkat
5) akaun bank
6) no hp terkini
Tarikh TUTUP PERMOHONAN ADALAH PADA 15 FEBRUARI 2021.
KADAR BANTUAN PRIHATIN RAKYAT 2021:
Untuk pendapatan kurang RM2500.00
Moga bermanfaat :)
Catat Ulasan