NASI ATUK KFC SEDAP DAN BERBALOI KE NAK BELI

NASI ATUK KFC SEDAP DAN BERBALOI KE NAK BELI, itulah persoalan yang bermain di minda sebelum nak beli menu baru dari KFC Malaysia ni. 


Selera kita berbeza. Ada yang suka, ada yang tak suka. Bila baca di ruangan komen FB KFC, macam-macam komen ada! Ada yang cakap sedap. Ada yang complain itu ini. 



Sebenarnya kan, kita tak boleh nak pukul rata semua KFC sama. Ya, ianya berbeza mengikut cawangan. Sebab tu ada cawangan yang sedap, dan ada yang sebaliknya. 

Macam tu juga dengan saiz ayam. Ada yang besar, ada yang kecik. Setakat ni, di tempat Cik Rose, ada beberapa cawangan yang terbaik,  dan ada yang kureng. Bila dah tahu, mestilah Cik Rose beli dari cawangan yang best. 

Baru-baru ni, turn Cik Rose bertugas di pejabat. Bila nak masuk lunch hour,  tak tahu nak makan apa. Officemate ada yang bawa bekal, dan ada yang masih kenyang. 

Jadi, Cik Rose buka website KFC. Nak order delivery terus dari KFC, memandangkan jarak KFC dan office yang terlalu dekat. Takkan nak order di Foodpanda atau Halo kan. 

Sekali tu, bila buka website. Nampak nasi atuk KFC. Eh eh ada menu baru. Nak try lah. Tak cuba, tak tau kan. Dah cuba, baru boleh komen. 

Cik Rose pilih nasi lemak. Kita boleh pilih sama ada nak nasi lemak atau nasi KFC tu. 

Tadaaa... Inilah yang Cik Rose dapat. 



Nasi lemak bersama kepingan ayam zinger, sambal ikan bilis, hirisan timun, telur sebiji dan kacang. 


Nasi lemak - memang sedap. Rasa nasi lemaknya tu. Bukan nasi putih. Sedap elok je di tekak ni. 


Kepingan ayam zinger - sedap, lembut dan tepung dia sedap! Saja ubah selera. Korang boleh pilih nak kepingan ayam ni atau nak ayam seketul / dua ketul. 


Sambal - Serius sedap! Tak pedas tau. Ada ikan bilis yang rangup lagi dalam sambal tu. Cuma,  sikit sangat bagi Cik Rose yang memang suka makan nasi lemak sambal banyak. hihi. Next kalau nak order,  boleh add on sambal. 


Timun - timun Jepun. Fresh lagi. Banyak juga hirisannya. 


Telur rebus - dapat sebiji yang dipotong dua. Elok je kejadiannya, dan tak berbau ya. 


Kacang - ok, tak hangus ya. 


Secara keseluruhannya, Cik Rose puas hati dan akan kategorikan sebagai sedap. Peratus untuk nak ulang beli tu tinggi ya. hihi. Maybe sebab pilih kepingan ayam, tu jadi berselera. Cik Rose tak nak pilih ayam ketul tu dah. Dah jemu. hihi. 


Korang dah cuba ke? 



Post a Comment

Terbaru Lebih lama

Iklan In-Feed (homepage)

" target="_blank">Responsive Advertisement