SCAMMER ALERT!

Assalammualaikum wbt

Gambar sumber dari : Sinarplus.sinarharian

Petang kelmarin (20/03/2020) Ada scammer yang dah berjaya ceroboh masuk dalam acc online banking saya, saya pun tidak tahu macam mana dia tahu user name & password maybank2u saya.

Scamer Call minta nombor TAC Katanya nak refund balik duit yang dia tersalah ambik dalam acc saya sebanyak RM2250.00. Pada asalnya saya tak layan & matikan call terus.

Scamer call lagi dan dia suruh saya semak dalam acc klu tidak percaya.

Saya letak tel & buka online banking maybank2u. Terkejut tengok dalam acc memang ada transaksi keluar sebanyak Rm2250.00 & baki tinggal ada Rm21.00 sahaja sedangkan masa kerja ot kelmarin saya buka maybank2u tengok duit baki ada 2ribu lebih lagi. Jadi panik dah la.

Lepas saya tengok baki duit dalam maybank2u scammer call lagi. Dan desak suruh bagi no tac segera sebab nak pindah duit saya smula ke dlm acc Saya. No TAC Mmg dah masuk dalam tel Saya, tinggal Saya nk bagi @ tidak je.

Saya tanya dia macam mana you boleh ambik duit saya tanpa pengetahuan saya. Dia kata tersalah & desak suruh beri segera no tac, kalau tak bagi segera duit ni tak boleh pindah ke acc saya lagi.

Saya kata nak confirm dengan maybank dulu. Tapi dia tak bagi sebab katanya dia ni wakil dari pihak maybank utk tolong refund semula duit saya tu segera, sebab benda ni kena cepat. Kalau lambat duit ni dah tak boleh pindah.

Call maybank. Maybank tanya ada bagi no tac kepada sesiapa tak? Saya jawab tak. Selagi awak tak bagi no tac pada sesiapa duit awak takkan hilang walaupun nampak dalam acc saving macam hilang. Jadi, pihak bank ajar 'step by step' cara bagaimana mahu memindahkan ke akaun simpanan semula. Agak rumit sikit sebab 'Scammer' dah 'block' online banking saya. Bila dah 'settle' semua & duit rm2250.00 sudah masuk smula ke acc saving saya, staff maybank pun block semua akaun sebab dah tak selamat.

'Scammer' ni memang pandai, bila dia dah berjaya ceroboh dalam online banking kita, dia akan transit duit kita tu dari saving ke tempat lain, tapi masih dalam akaun kita cuma bukan di bahagian simpanan. Menyebabkan kita nampak dalam account saving ada 21.00 & waktu itu kita dah jadi gelabah & panik sebab memang terang-terang duit memang sudah tiada dalam akaun simpanan.

Saya sendri pun hampir nak beri no TAC pada dia bila kita dalam keadaan panik sebab sekali fikir "kalau aku bagi no TAC kat dia pun memang duit aku takda dah juga. Jadi beri sahajalah. Takda nak fikir masa tu wei. Sebab no TAC ada dah ni.

Sekarang ni Maybank dah block account saya bukan sahaja online banking kena block, kad atm pun kena block. Duit tak boleh nak ambik langsung sekarang ni.

Block acc je, duit ada cuma kena pergi cawangan maybank untuk buat kad baru & daftar maybank2u smula.

Nasihat orang maybank jangan bagi no. tac yang masuk dalam telefon kita kepada sesiapa & jangan bagi nombor kad atm kepada sesiapa sahaja. Kalau tidak duit akan pindah ke account org lain.

Ingat ye, nombor Tac ialah nombor pengesahan transfer duit dari akaun kita kepada akaun orang lain. Bukannya akaun orang lain kepada akaun kita. 


Jadi, jangan bagi kepada sesiapa sahaja no TAC yang masuk dalam telefon kita. Kalau ada nombor TAC yang tiba2 masuk dalam telefon kita, itu bermakna akaun online banking kita telah diceroboh oleh SCAMMER.  Cepat cepat hubungi pihak bank.
#pengalamanpertamakenascammer

Diatas, adalah pengalaman dari salah seorang mangsa scammer (Yaya cuma copy paste-tapi ada edit sedikit ayat & perkataan supaya lebih faham). 


Bila baca, Yaya teringat pengalaman Yaya sendiri pun pernah HAMPIR jadi mangsa scammer ni. Alhamdulillah duit dalam akaun bank Yaya selamat tapi yang membazirnya, pergi 'melayan' pula si scammer tu hampir 1jam dalam telefon. Uii geram betul. Dah la waktu kerja masa tu, dapat panggilan macam tu, hampir nak luruh jantung dibuatnya.


Pengajarannya kat sini adalah cuma nak ingatkan semua yang baca entri Yaya ni supaya berhati-hati bila dapat panggilan telefon yang mengatakan dari pihak tertentu dan ia melibatkan WANG di dalam akaun bank anda. Tak kisahla apa pun tujuan dia tapi bila dia sebut je mengenai DUIT DALAM AKAUN korang, ingat! Jangan beri apa-apa maklumat.

Harap perkongsian Yaya ni bermanfaat untuk korang,ye. terima kasih sudi singgah membaca. Moga Allah sentiasa melindungi kita semua dari segala perkara yang buruk, AAMIIN. InsyaAllah.

Post a Comment

Terbaru Lebih lama

Iklan In-Feed (homepage)

" target="_blank">Responsive Advertisement