AL-FATIHAH - SEDEKAH SETIAP HARI

Assalammualaikum wbt
#perkongsianbersama

*إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ*
بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم
ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـلَمِين۞ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞ مَـلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين
۞إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ۞ ٱهْدِنَا ٱلصِّرَطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ۞صِرَطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ۞
غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ۞
امين
Mohon yang terlihat entri ni sedekah AlFatihah buat arwah nenek saya yang baru sahaja kembali ke rahmatullah beberapa hari yang lalu.



Terkesan juga hati ini bila melihat keadaan arwah nenek begitu. Memang keadaan arwah nenek sudah tenat beberapa hari sebelum itu. Sehingga kami sedara mara yang terdekat diminta bersedia dengan segala kemungkinan yang berlaku. Semua sepakat buat doa selamat, solat hajat, bacaan Yasin. 

Yaya memang tak begitu rapat dengan arwah nenek. Masa kecil dulu boleh tahan jugalah rapat tak rapat sebab ibu ayah rajin bawa balik kampung tapi bila dah dewasa ni, ayah pun dah tak boleh berjalan seperti dahulu, kami adik beradik pun sudah dewasa, dah berkahwin (kecuali Yaya) jarang sudah balik kampung kecuali jika ada hal penting atau dikampung mereka buat majlis kenduri. 

Ditambah pula ditahun 2020 ni musim VIRUS yang aktif sepanjang tahun, boleh dibilang dengan jari la berapa kali kami adik beradik balik ke kampung. Kampung tak jauh pun. Kadang, ada masa hujung minggu ada balik, ikut ibu melawat atuk dan nenek.

Arwah telah meninggal dunia pada waktu petang 21 Oktober 2020 dan
dikebumi pada keesokan pagi harinya
Hujan turun mengiringi majlis pengkebumian arwah nenek.
Alhamdulillah. Segalanya dipermudahkan dan waktu itu juga hujan berhenti.
SubhanaAllah 
Moga Almarhumah nenek dtempatkan bsama orang yang didalam Rahmat Allah.
Aamiin Allahumma Aamiin


Sekarang tinggal atuk je. Allahu. Moga Allah beri kekuatan untuk atuk bertahan tanpa arwah nenek yang berada disisinya selama ni. Moga juga jangkitan wabak penyakit yang sedang melanda kita ni dipulihkan Allah SWT. Kami sekarang nak pergi melawat pun serba salah. Tak mahu nanti dikata lupa, tapi tak mahu juga membawa atau menjadi penyebab wabak yang tidak dapat dilihat ni tersebar luas pada orang lain pula.

Allahu. Sekarang hanya mampu BERDOA . DOA untuk semua orang. Supaya kita semua dilindungi ALLAH . . . .

Post a Comment

Terbaru Lebih lama

Iklan In-Feed (homepage)

" target="_blank">Responsive Advertisement