MANDI WAJIB

Assalammualaikum w.b.t.
#sekadarperkongsian
Rata-rata daripada kita menganggap bahawa jika mandi wajib yang dilakukan itu tanpa wuduk, maka ia adalah tidak sah.

Tanggapan ini adalah salah kerana ia adalah perkara sunat. Namun, ia perlu dilakukan sebagai pelengkap kepada mandi wajib tersebut sekali gus untuk mendapatkan pahala sunnah.

Rukun mandi wajib ialah dua perkara, iaitu niat dan meratakan air ke seluruh anggota badan. Sebelum memulai mandi tersebut, anda haruslah membersihkan diri daripada sebarang najis atau perkara yang boleh menghalangnya.

Kemudian berwuduklah untuk menjadikan ia sebagai pelengkap kepada mandi wajib anda. Adapun, apabila anda terkentut atau membuang hadas ketika mandi, maka anda tidak perlu mengulangi mandi wajib tersebut daripada awal.

Hal ini kerana mandi tersebut masih sah dan boleh diteruskan sehingga habis. Namun, jumhur ulama berkata bahawa seeloknya anda mengambil semula wuduk tersebut.

Maksud: “Adapun buang air besar menjadi pembatal wuduk berdasarkan dalil dari Al-Kitab, Hadis dan Ijma’ (kata sepakat ulama). Adapun kencing dinyatakan sebagai pembatal wuduk berdasarkan hadis yang begitu banyak, juga kata sepakat ulama (ijma’) serta kerana diqiyaskan dengan al-ghoith (buang air besar)” (Al-Majmu’, 2:4)

Justeru, tidak perlu mengulangi mandi wajib anda dari awal jika terbatal wuduk disebabkan terbuang air kecil atau terkentut. Cukup sekadar mengulangi wuduk tersebut sahaja. Maka, mandi wajib anda adalah sah.

Post a Comment

Terbaru Lebih lama

Iklan In-Feed (homepage)

" target="_blank">Responsive Advertisement