ISTIQOMAH DI HARI JUMAAT DENGAN SEDEKAH

Assalammualaikum wbt
#sajakongsi #silashare

Hari Jumaat hari yang istimewa. Buatlah hari ini selalu diingati dan dinanti-nanti kerana sumbangan kita.
Memang kurang elok jika ada menetapkan hari atau tarikh tertentu untuk melakukan kebaikan seperti sedekah. Tetapi, sebagai permulaan, ianya adalah perkara yang baik. Sedikit-sedikit lama kelamaan boleh menjadi kebiasaan, betul tak.

Dikisahkan, ada seorang perempuan di zaman Nabi selalu menyiapkan hidangan khas setiap Jumaat. Hidangan tersebut sangat sederhana. Sayur Silq (sejenis sawi) bercampur dengan gandum lalu dimasak. Setiap kali selesai menunaikan solat jumaat, beberapa sahabat Nabi akan berkunjung ke rumah wanita ini dan menyantap makanan tersebut. Kelazatannya membuat mereka ternanti-nanti kedatangan hari Jumaat. (sahih al-Bukhari)

Ibn Rajab dalam Fathul Bari berkata: "Hadith ini mengandungi galakan untuk membuat jamuan pada hari Jumaat, terutamanya bagi kalangan umat Islam yang faqir. Memberi makan orang fakir pada hari ini sangat baik dan digalakkan."

Bila mendengar cerita begini, tidak hairanlah ramai orang mengadakan kenduri atau jamuan pada hari Jumaat. Bukan sahaja dapat bersedekah dengan memberi orang makan, tapi juga membawa lebih keberkatan pada majlis yang diraikan. InsyaAllah =)

Lagi satu kisah yang Yaya nak kongsikan.

Ketika Aisyah r.a menghidangkan makanan kesukaan Rasulullah iaitu paha domba (kambing). Rasulullah bertanya, ” Wahai Aisyah, apakah sudah engkau telah berikan kepada Abu Hurairah tetangga kita ?

Aisyah menjawab, “Sudah ya Rasulullah.”

Kemudian Rasulullah bertanya lagi, ” Bagaimana dengan Ummu Ayman?”

Aisyah kembali menjawab, “Sudah ya Rasulullah.”

Kemudian Rasulullah bertanya lagi tentang tetangga-tetangganya yang lain, adakah sudah di beri masakan tersebut. Sampai Aisyah merasa penat menjawab pertanyaan-pertanyaan Rasulullah.

‘Aisyah kemudian menjawab, sudah habis ku berikan , Ya Rasulullah, yang tinggal apa yang ada di depan kita saat ini. Rasulullah tersenyum dan dengan lembut menjawab, 
”Engkau salah Aisyah, yang habis adalah apa yang kita makan ini dan yang kekal adalah apa yang kita sedekahkan. ”​
(HR. At-Tirmidzi)

Rasulullah SAW bersabda, Kelak di hari akhirat manusia akan berkata “Inilah harta bendaku! Padahal tidak ada harta benda yang di perolehnya di dunia kecuali tiga hal, apa yang ia makan akan keluar dari tubuhnya menjadi kotoran, apa yang ia pakai akan menjadi rusak, dan apa yang sedekahkan akan menjadi kebaikan yang kekal baginya"​ (HR. Muslim )

Post a Comment

Terbaru Lebih lama

Iklan In-Feed (homepage)

" target="_blank">Responsive Advertisement