BERHATI-HATI DENGAN MATA YANG HASAD

Assalammualaikum w.b.t.
#sajakongsi
Media sosial hari ini lebih upgrading daripada dahulu. Meskipun begitu hebat 'upgrade' teknologi hari ini, berhati-hatilah sekiranya secara tidak sedar kita telah 'downgrade' iman dan taqwa kita. 

Apabila ingin 'upload' melalui media sosial segala kebahagiaan kita, kesedihan kita, dan apa jua jenis cerita yang diniatkan untuk diberitakan kepada dunia, beringatlah dan berhati-hatilah. 

Ia sama sekali tidak salah, bergantung kepada niat. 

Jika tujuannya ingin menunjuk-nunjuk, maka beringatlah bahawa ada orang yang lebih susah daripada kita, ada orang yang lebih 'struggle' daripada kita.

Jika tujuannya ingin merendah-rendahkan sebahagian pihak, beringatlah bahawa jika ada jiwa yang terzalimi oleh perbuatan kita, maka berhati-hatilah dengan doa orang yang dizalimi. 

Hati orang bukan kita yang kawal. Tiada siapa yang tahu apa yang dibicarakan oleh hati dan mata yang memerhati melainkan Allah

Kita tidak tahu mata yang mana berhasad dengki dengan kita. Maklumat yang kita dedahkan di media sosial boleh dimanfaatkan demi kepuasan jiwa-jiwa yang busuk. 

Maka sebaiknya, bersederhanalah atas segala nikmat yang kita perolehi, dan berpada-padalah ketika meratapi kesedihan mahupun kecelakaan.

Mohonlah selalu kepada Allah agar memperbaiki hati kita, dijauhkan dari segala macam sifat tercela termasuk hasad dan kesombongan.

Doa Jauh Dari Pelbagai Keburukan
Daripada Qutaibah bin Malik RA, Sesungguhnya Rasulullah SAW membaca doa:

وَعَنْ قُطْبَةَ بْنِ مَالِكٍ  رضى الله عنه  قَالَ: كَانَ رَسُولُ اَللَّهِ  صلى الله عليه وسلم يَقُولُ:
اَللَّهُمَّ جَنِّبْنِي مُنْكَرَاتِ اَلْأَخْلَاقِ, وَالْأَعْمَالِ, وَالْأَهْوَاءِ, وَالْأَدْوَاءِ  

" Ya Allah, jauhkanlah aku daripada akhlak yang keji, amalan yang munkar, 
nafsu yang buruk dan pelbagai penyakit yang berat."
(Sunan Tirmidzi no 3591)
Status: Hadis Sahih
Sumber: tadabbur centre

Post a Comment

Terbaru Lebih lama

Iklan In-Feed (homepage)

" target="_blank">Responsive Advertisement