SELAMAT BERPUASA SUNAT DIBULAN MUHARRAM 1442H

Assalammualaikum wbt
#untukperkongsian
1. Khamis: 8 Muharram ( Hari amalan diangkat). Puasa sunat hari Khamis
[HR al-Tirmizi, no. 747]

2. Jumaat: 9 Muharram ( Hari disunatkan puasa sebelum hari 'Asyura ). Hari Tasu'a
[HR. Muslim: 1134]

3. Sabtu: 10 Muharram ( Hari Asyura, berpuasa pada hari itu diampuni dosa 1 tahun lalu.
[HR. Ibn Majah: 1738]

4. Ahad: 11 Muharram ( Hari dianjurkan puasa selepas hari 'Asyura ).
[HR. al-Baihaqi: 287]

5. Isnin: 12 Muharram ( Hari amalan diangkat). Puasa sunat hari Isnin
[HR al-Tirmizi, no. 747]

6. Selasa: 13 Muharram ( Hari putih pertama: Puasa hari-hari putih iaitu 13,14 dan 15 hijriyah setiap bulan, ganjarannya seperti berpuasa setahun).
[HR. Abu Daud: 2449]

7. Rabu: 14 Muharram ( Hari putih kedua).

8. Khamis: 15 Muharram ( Hari putih ketiga dan hari diangkat amalan).

Abu Qatadah al-Ansari radiallahu ‘anhu berkata yang bermaksud:

Baginda ditanya tentang puasa hari Asyura. Baginda menjawab: ia menghapuskan dosa setahun yang lalu. [Sahih Muslim, Kitab al-Siyyam, hadis no: 2603]

‘Abdullah bin ‘Abbas radiallahu ‘anhuma berkata:

حِينَ صَامَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَوْمَ عَاشُورَاءَ وَأَمَرَ بِصِيَامِهِ قَالُوا يَا رَسُولَ اللَّهِ إِنَّهُ يَوْمٌ تُعَظِّمُهُ الْيَهُودُ وَالنَّصَارَى فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَإِذَا كَانَ الْعَامُ الْمُقْبِلُ إِنْ شَاءَ اللَّهُ صُمْنَا الْيَوْمَ التَّاسِعَ قَالَ فَلَمْ يَأْتِ الْعَامُ الْمُقْبِلُ حَتَّى تُوُفِّيَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ

Ertinya : Apabila Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam berpuasa di hari ‘Asyura dan menyuruh manusia berpuasa padanya. Para sahabat berkata: Ya Rasulullah. Sesungguhnya ia merupakan hari yang orang Yahudi dan Kristian agungkan. Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam menjawab: Pada tahun hadapan, Insya-Allah kita akan berpuasa pada hari kesembilan Muharram. Akan tetapi, pada tahun berikutnya Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam telah meninggal dunia.
[Sahih Muslim, Kitab al-Siyyam, hadis no: 1916]

Imam Ibnu Qayyim berpandangan terdapat tiga kaedah melaksanakan puasa hari ‘Ashura iaitu:-
1. Berpuasa tiga hari iaitu pada 9, 10 dan 11 Muharram, atau
2. Berpuasa 9 dan 10 Muharram, atau
3. Berpuasa pada 10 Muharram sahaja.

Sebarkanlah ini, kita tidak tahu siapa yang akan berpuasa disebabkan "sharing" dari kita, moga-moga kita diberi pahala seperti orang berpuasa juga. Aamiin.

Wallahu'alam.

Post a Comment

Terbaru Lebih lama

Iklan In-Feed (homepage)

" target="_blank">Responsive Advertisement