Assalammualaikum w.b.t
#sajakongsi
Gambar Hiasan
Doktor Dedah Kelebihan Nanas, Makan Setiap Hari!
Sebenarnya, banyak kelebihannya bila kita makan buah nanas, malah disarankan diambil setiap hari. Terutama dari segi kesihatan otak, emosi, serta kecantikan kulit.
Pendedahan kelebihan nenas oleh Dr Rizal Abu Bakar ini. Nanas adalah superfood. Penting untuk hampir keseluruhan tubuh.
1. Kaya Vitamin C
Nanas sarat dengan vitamin C. Vitamin yang cantikkan kulit. Vitamin ini penting untuk hapuskan lendir, kahak dan legakan sinus. Ini berdasarkan kajian di University of Maryland Medical Centre.
2. Kaya Dengan Bromelain
Yang menarik tentang nanas ialah ia ada bromelain. Nutrisi yang hilangkan keradangan, kecilkan tumor serta redakan osteoarthritis. Bromelain juga disebut antara bahan turunkan berat badan.
Menurut Experimental Neurology Bromelain boleh menghalang berlakunya alzheimer. Kalau kita mahu elak dari jadi pelupa, berjinak-jinaklah dengan nenas.
3. Bekalkan Tenaga Pada Sel Otak
Antara nutrisi lain ialah manganese. Penting untuk otak. Manganese bekalkan tenaga pada sel otak. Bertindak seperti power bank.
4. Vitamin Anti Stress
Seperkara yang saya suka tentang nanas ialah jumlah besar thiamin di dalamnya. Tugasnya tukarkan karbo, lemak dan protein kepada energi untuk tubuh. Ia juga disebut sebagai vitamin anti stress.
PETUA BATUK BERKAHAK
Legakan batuk berkahak dengan jus nanas halia. Tak perlu minum ubat batuk lagi. :
- kisar 1/2 biji nanas dan 1/2 in halia. ( 1 hari 1x je...sebab nanas tajam ) Itu saja hehe. ^,^
Selamat mencuba. Semoga bermanafaat.
Catat Ulasan