Assalammualaikum warahmatullahiwabarakatuh =)
#sajakongsi
Bagi yang bekerja dan mempunyai caruman KWSP pasti sudah tahu bahawa mereka boleh mengeluarkan simpanan mereka di Akaun 2 melalui i-Lestari dengan amaun minimum RM50 dan maksimum sebanyak RM500 sejak dari awal bulan April sehingga Mei yang lalu.
Ada sesetengah orang yang membuat pengeluaran Akaun 2 KWSP dan mengambil pelbagai peluang di atas kesempatan yang diberi oleh kerajaan ini dan ada juga yang tidak mahu menggunakan wang simpanan mereka di akaun 2 ini. Itu terpulang pada hak masing-masing. Lambat atau cepat, duit itu tetap milik kita juga cuma masa pengeluarannya sahaja yang berbeza.
Ada yang ingin menukar jumlah pengeluaran i-Lestari tu ke? Maksud Yaya bagi mereka yang membuat had pengeluaran kurang dari RM500 atau mungkin nak mengurangkan jumlah pengeluaran tetapi tidak tahu bagaimana cara untuk mengemaskini semula jumlah had pengeluaran i-Lestari tu.
Mudah je. Bagi yang tidak tahu, boleh lihat langkah dibawah ni ye =)
1. Pergi laman sesawang > i-Lestari <
2. Klik pada 'KEMAS KINI PENGELUARAN' dan tekan sahaja 'OK' untuk Nota Penting seperti gambar diatas ( baca dahulu ye =D ).
3. Isi maklumat seperti yang diminta. INGAT! Maklumat adalah WAJIB seperti yang diisi sebelum ini. Contoh :- Kalau sebelum ini korang buat jumlah pengeluaran tu RM200, jadi letak juga jumlah yang sama, ye.
4. Bila dah isi, borang kemaskini baru akan keluar dan bolehlah korang isi jumlah yang korang ingin keluarkan sebenarnya.
5. Siap! Dah boleh cek pun lulus ke tidak. Tak perlu tunggu berhari.
**UPDATE - 09.09.2020
3. Isi maklumat seperti yang diminta. INGAT! Maklumat adalah WAJIB seperti yang diisi sebelum ini. Contoh :- Kalau sebelum ini korang buat jumlah pengeluaran tu RM200, jadi letak juga jumlah yang sama, ye.
4. Bila dah isi, borang kemaskini baru akan keluar dan bolehlah korang isi jumlah yang korang ingin keluarkan sebenarnya.
5. Siap! Dah boleh cek pun lulus ke tidak. Tak perlu tunggu berhari.
**UPDATE - 09.09.2020
Alhamdulillah. Cara yang Yaya tunjukkan diatas, yang Yaya sendiri prakktikkan, adalah betul. Tidak diragui lagi. SEBAB?? Hehe..awal bulan dah kan. Faham je la =p
**UPDATE - 18.12.2020
Wahh ramai yang tanya Yaya, kalau buat kemaskini jumlah contoh dalam bulan ni (Disember 2020), bila akan dapat jumlah yang kita baru sahaja kemaskini tu. Ok. Dari pengalaman Yaya, bila korang update @ kemaskini maklumat, jumlah tu di laman sesawang mereka, jumlah yang baru tu korang akan dapat pada bulan seterusnya iaitu Januari 2021.
Tapi Yaya kurang pasti kalau korang kemaskini masa akhir bulan, contoh 25 Disember 2020, adakah jumlah baru akan dapat pada bulan Januari 2021 atau tidak. Senang faham, korang anggaplah ni macam 'claim' gaji korang. Kalau nak claim, kita kena hantar resit pada tarikh sebelum tengah bulan camtu kan (contoh), supaya claim korang dapat bulan akan datang. Tapi kalau korang hantar resit claim lepas tengah bulan - nak ke akhir bulan, korang rasa bila akan masuk claim korang tu? Mestilah akan dapat bulan seterusnya lagi iaitu bulan Februari 2021, haaaa..gitu la. Faham tak?
Kalau tak faham, mohon berurusan sendiri dengan pihak I-LESTARI @ berkenaan ye. Yaya ni macam korang juga. Pengguna je...haha. Yaya cuma kongsi apa yang Yaya dah berjaya buat. Tu je =) Ada yang dah berjaya (huhu), Alhamdulillah. Tahniah diucapkan.. =p sila belanja Yaya ok. haha gurau! k .
Pada yang masih mencuba, semoga berjaya. Ada baki lebih kurang 3 bulan je lagi untuk korang 'menikmati' duit simpanan korang sendiri ^o^ lol.
Semoga bermanfaat. Jika ada tersalah maklumat, sila beritahu Yaya ye. ^_^ Terima kasih
Catat Ulasan