Assalammualaikum w.b.t.
#sajakongsi
Gambar sekadar hiasan
Syaitan merupakan makhluk Allah yang diciptakan daripada api. Syaitan ialah musuh utama bagi seorang mukmin seperti yang kerap kali diulang oleh Allah SWT di dalam Al-Quran.
Firman Allah SWT :
إِنَّ الشَّيْطَانَ لَكُمْ عَدُوٌّ فَاتَّخِذُوهُ عَدُوًّا إِنَّمَا يَدْعُو حِزْبَهُ لِيَكُونُوا مِنْ أَصْحَابِ السَّعِيرِ
Maksudnya : "Sesungguhnya syaitan ialah musuh kepada kamu, maka jadikanlah dia musuh. Sebenarnya dia hanyalah mengajak golongannya supaya menjadi penduduk neraka." (Surah Faatir ayat 6)
Di sini dinyatakan hadis-hadis mengenai perkara ini untuk panduan kita bersama. Iaitu ;
1. Syaitan makan dan minum dengan tangan kiri
Sabda Rasulullah SAW maksudnya :
"Apabila seseorang daripada kalian makan, maka makanlah dengan tangan kanannya dan apabila minum, maka minumlah dengan tangan kanannya. Ini kerana sesungguhnya, syaitan makan dengan tangan kirinya dan minum dengan tangan kirinya. "
(Hadis Riwayat Muslim)
2. Syaitan minum dan makan dalam keadaan berdiri
Rasulullah SAW melihat seseorang yang minum sambil berdiri. Baginda menegur, " Jangan begitu! "
Orang itu bertanya, " Mengapa? "
Rasulullah menjawab, " Adakah kamu suka minum bersama kucing? "
Orang itu menjawab, " Tidak. "
Rasulullah SAW meneruskan:
"Sesungguhnya telah ikut serta minum bersama kamu sesuatu yang
lebih buruk daripadanya, iaitu syaitan. "
(Hadis Riwayat al-Darimiy dengan sanad yang sahih)
3. Syaitan ketawa apabila menguap sehingga mengeluarkan bunyi
Sekiranya kalian menguap, ingatlah itu adalah daripada syaitan.
Sabda Nabi SAW yang bermaksud :
"Menguap adalah daripada syaitan. Maka apabila seseorang daripada kalian menguap, tahanlah sedaya mungkin kerana sesungguhnya apabila seseorang kalian menguap sambil berbunyi 'Haaa', maka ketawalah syaitan. "
( Hadis Riwayat Bukhari )
Jika tidak dapat menahan diri daripada menguap, maka tutuplah mulut dengan tangan dan berusaha tidak mengeluarkan sebarang bunyi. Ini berdasarkan hadis Nabi SAW yang bermaksud :
"Jika seseorang kalian menguap, maka tutuplah mulut dengan tangannya kerana sesungguhnya syaitan masuk (ke dalam mulut yang terbuka). "
( Hadis Riwayat Muslim )
4. Syaitan kencing di telinga
Apabila seseorang itu tidur sehingga pagi hari maka syaitan kencing di kedua belah telinganya seperti di dalam hadis riwayat Imam Al-Bukhari yang bermaksud : " Itu ialah orang yang syaitan telah kencing di dalam kedua-dua telinganya atau salah satu telinganya. "Rasulullah SAW berkata demikian apabila diceritakan kepada baginda tentang seseorang yang tidur sehingga pagi.
5. Syaitan dapat makan, minum dan tempat bermalam
Imam Muslim meriwayatkan hadis yang bermaksud: "Apabila seseorang itu memasuki rumahnya dan mengingati Allah dengan membaca 'Bismillah' ketika memasukinya dan ketika ingin makan, berkatalah syaitan kepada golongannya ; " Kalian tidak memiliki tempat untuk bermalam dan tidak juga memiliki makanan malam. "
Apabila seseorang tidak mengingati Allah ketika makan, maka berkatalah syaitan kepada golongannya ; "Kalian telah mendapat tempat bermalam dan makan malam. "
Menyebut nama Allah ( Bismillah) ini dituntut juga ketika keluar dari rumah, menutup bekas-bekas makanan dan minuman, ketika menutup pintu dan tingkap agar terselamat daripada gangguan syaitan.
Sumber : @quotephotovideo
Sekian, Semoga bermanfaat ^_^
Catat Ulasan