Assalammualaikum wbt
#sajakongsi
Hidup ini tinggal sisa dan saki baki yang kita tidak tahu bila ia akan berakhir. Oleh itu jadilah kita org yang paling bahagia dan membahagiakan. Org yang ceria dan menceriakan.
Kredit : baituljannah.com
Jadilah ibu yang menjadi kedamaian pada anak-anak. Jika kita seorang isteri, jadilah isteri yang memberi kebahagiaan, keceriaan dan manfaat pada suami kita. Kerna hidup ini hanya seketika.
Siapa duga dan sangka saat kudrat dengan kesihatan yang baik tiba-tiba kematian datang menimpa tanpa di sangka.
Pengajaran untuk kita betapa rapuhnya hidup kita. Kematian itu tidak mengira masa dan usia. Muda mahupun tua.
Jangan bertangguh utk menjadi anak yg baik
Jangan bertangguh utk menjadi isteri yg baik
Jangan bertangguh utk menjadi suami yg baik
Kadang-kadang kita terasa hati, kecewa, sakit hati, sedih. Maaf kan sahaja. Jadilah org yang memberi manfaat pada org lain. Kerana kematian itu sangat rapuh.
Fahamilah 7 perkara dalam hidup kamu:
1. Apabila meninggal dunia ayah kamu, maka matilah pimpinan dan nasihatnya.
2. Apabila meninggal dunia ibu kamu, maka terpadamlah cahaya kelembutan belaian dan tunjuk ajar nya.
3. Apabila meninggal dunia abang kamu, maka longlailah cita2 yang dikongsi bersama.
4. Apabila meninggal dunia kakak kamu, maka hilanglah senyuman kasihnya.
5. Apabila meninggal dunia adik2 kamu, maka hilanglah tempat tumpang kasih, nakal, gurauan dan keceriaanya.
6. Apabila meninggal dunia pasangan kamu, maka pudarlah perkongsian harapan, perasaan dan keceriaannya.
7. Apabila meninggal dunia sahabat kamu maka pudarlah sinar nasihat dan doa tulus dari bersih hatinya.
Ketahuilah, hidup ini sangat singkat untuk kedengkian, kemarahan, kebencian dan memutuskan hubungan kerana ESOK semuanya hanya tinggal kenangan
Kredit : nurelyana
Maka, senyumlah, berlapang dadalah, maafkanlah sesiapa yang menyakitkan kamu lantaran kita tidak tahu bila kita akan berangkat ' meninggalkan' dunia yang fana ini.
Andai kamu melihat kanak-kanak yg sedang bermain, itulah masa silam kita.
Andai kamu melihat org tua yang berjalan menggunakan seluruh kudrat kerana tidak larat. Maka, itulah masa depan kita.
Andai kamu melihat pula jenazah yang sedang diusung ke tanah perkuburan. Maka, ingatlah itulah nanti pengakhiran hidup kita didunia ini.
(Manfaatkanlah masa yg mulia ini...sebelum kesempatan berlalu pergi...)
Moga bertemu di syurga. Uhibbukum fillah.
Kupasan dari : Ustazah Norhafizah Musa
Catat Ulasan