Assalammualaikum wbt
#sajakongsi
Sumber : Bernama
ROBOT MCK19
Inisiatif Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) yang menggerakkan kerjasama kementerian, akademia dan industri berjaya menghasilkan sebuah robot berautonomi yang dinamakan MCK19 untuk kegunaan khususnya di hospital ketika pandemik COVID-19.
Sumber : hmetro.com.my
Melalui kerjasama kurang daripada dua minggu itu, sebuah prototaip robot MCK19 yang merupakan Sistem Robot Penghantaran telah dihasilkan untuk membantu petugas barisan hadapan menjalankan urusan penghantaran dan perkhidmatan kepada pesakit dalam siasatan (PUI) COVID-19 di hospital.
MOSTI dalam kenyataan hari ini memaklumkan kerjasama itu turut melibatkan Kementerian Kesihatan (KKM), Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Perbadanan Pembangunan Teknologi Malaysia (MTDC), Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Hospital Canselor Tuanku Muhriz Universiti Kebangsaan Malaysia (HCTM) dan DF Automation and Robotics Sdn Bhd (DF).
Demonstrasi prototaip MCK19 di HCTM hari ini disaksikan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaluddin dalam satu sesi webinar.
ZALPHA ROBOT KOMERSIAL
Khairy dalam kenyataan itu berkata MCK19 menggunakan Zalpha, sebuah robot komersial ciptaan syarikat tempatan, DF, yang boleh menampung muatan sehingga 300 kilogram dan boleh dinavigasi secara bebas untuk membantu doktor atau jururawat dalam penghantaran makanan atau ubat-ubatan ke bilik PUI di hospital.
"Robot ini mengaplikasikan teknologi Internet of Things (IoT) yang boleh diakses oleh mana-mana komputer, tablet atau telefon pintar.
"Skrin LCD yang terdapat pada robot berkenaan dalam sedikit masa lagi akan mampu diguna pakai untuk telesidang antara doktor dan pesakit dari bilik atau pejabat," katanya.
Sumber : Bernama
Antara usaha kerajaan yang bagus. Ini dapat mengurangkan risiko penyakit berjangkit antara pesakit dan perawat, kan. Tapi tiap apa yang berteknologi itu ada pro dan kon nya. Kita lihat sejauh mana penggunaan robot MCK19 ini mampu membantu barisan hadapan dalam menangani isu penyakit yang sedang mengganas diseluruh dunia kini.
Apapun, kita juga perlu menjalankan tanggungjawab kita sebagai rakyat Malaysia yang perlu mematuhi arahan yang telah diberikan pada kita bagi isu Covid-19 ni jika kita mahu kehidupan seperti sedia kala yang bebas dari virus bahaya ni.
Tapi pastinya segala yang berlaku adalah takdir Allah dan pasti juga ianya adalah yang TERBAIK untuk kita semua. Muhasabah diri. Perbaiki apa yang kurang dan tidak baik dalam diri. Moga Allah SWT melindungi kita semua dari segala keburukan dan juga dari penyakit merbahaya ini. InsyaAllah Aamiin
Moga bermanfaat. Sekian, Wassalam =)
Catat Ulasan