Assalammualaikum wbt.
#sajakongsi
Surah al Baqarah terdiri dari 286 ayat diturunkan di Madinah dan merupakan surah yg terawal turun di Madinah.
Telah berkata Khalid bun Ma'dan, Surah al Baqarah disebut juga Fustat al-Quran yakni ianya merangkumi semua inti pati alQuran. Sedangkan para ulama menyatakan bahawa surah al Baqarah mengandungi seribu khabar berita, seribu perintah dan seribu larangan.
Antara fadhilat mengamalkan surah al Baqarah ialah:
Rasulullah saw bersabda yg bermaksud:
"Janganlah kalian menjadikan rumah kalian sebagai kuburan. Sesungguhnya rumah yg didalamnya yg dibacakan surah al Baqarah tidak akan dimasuki syaitan."
(HR al Tirmizi)
Diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan Imam Muslim drp Anas bin Malik ra bahawa dia berkata:
"Seseorang lelaki jika dia membaca surah al Baqarah dan Ali Imran
nescaya dia akan dipandang mulia dan agung dlm kalangan kami."
Rasulullah saw bersabda yg bermaksud:
"Bacalah surah al Baqarah kerana sesungguhnya membaca dan mengamalkannya akan memperolehi berkat dan meninggalkannya menyebabkan timbul perasaan sesal dan kecewa dan ahli sihir tidak kan mampu mengalahkannya yakni dgn surah al Baqarah dan perbuatan sihir mampu dibatalkan."
(HR Imam Ahmad, al Baihaqi dan al Hakim)
SEMOGA BERMANFAAT
Catat Ulasan