Kisah Hidup Saidina Ali R.A

Kisah Hidup Saidina Ali R.A

Saidina Ali Bin Abi Talib r. a adalah seorang tokoh sejarah yang hidup pada abad yang ke - 14. Kehebatan sejarah hidup beliau sejak 1400 tahun sehingga sekarang masih berpengaruh di dalam kehidupan kaum muslimin di seluruh dunia. Beliau adalah seorang pemimpin yang dibesarkan, diasuh dan dididik oleh penerima wahyu Allah iaitu Nabi Muhammad SAW. Beliau salah seorang di antara Amirul Mukminin yang lazim dikenali sebagai Khulafa Ar – Rasyidin. 


Beliau dilahirkan di Ka’bah. Dididik dan dibesarkan oleh Rasulullah S. AW. Sejak berumur 8 tahun beliau telah memeluk agama Islam dan beliau juga termasuk diantara pemuda pertama yang memeluk agama Islam. Beliau sentiasa berusaha untuk mencontohi tingkah laku Rsulullah SAW. Belia juga menjadi menantu Rasulullah dengan mengahwini salah seorang puteri Rasulullah iaitu Fatimah dan akhirnya menjadi Khalifah yang keempat. 

Ali Bin Abi Talib sangat terkenal kerana beliau seorang alim dan bijaksana. Seorang yang mengumpulkan Al - Quran dan hafal Al – Quran. Seorang pahlawan perang, negarawan dan diplomat. Seorang yang berilmu dan sangat cinta ilmu pengetahuan. Seorang pemimpin yang mendahulukan kepentingan rakyat daripada kepentingan peribadi beliau. Seorang cinta perdamaian tetapi tegas dalam melaksanakan amar makruf yang terkemuka yang telah member impak besar kepada umat Islam dari saat beliau bersama Rasululluah sehingga kewafatan beliau. 

KELAHIRAN DAN PROSES TUMBESARAN SAIDINA ALI

Saidina Ali r. a telah dilahirkan pada tahun ke-sembilan sebelum kebangkitan Nabi Muhammad SAW. sebagai rasul. Beliau juga tiga puluh satu tahun lebih muda dari baginda Rasulullah SAW. Ibu beliau bernama Fatimah binti Asad bin Hashim bin AbdulManaf iaitu sepupu bapanya, Abu Talib. Oleh itu, asal keturunan beliau adalah anak daripada keurunan Bani Hashim yang bernama Talib, kedua bernama Aqil keempat bernama Jaafar dan seterusnya Ali. Abang yang sulung beliau adalah Talib adalah sebaya dengan Rasulullah SAW. 

Kaum Quraisy telah dilanda kesusahan pada suatu musim kemarau. Abu talib, seorang yang pemurah dan berhati mulia turut terasa dengan musibah yang menimpa kaumnya itu. Beliau adalah di antara orang yang paling kaya di Mekah pada masa itu. Rasullulah telah berkata kepada bapa saudarnya Al – Abbas. “ Wahai bapa saudaraku Abbas ! Saudaramu Abu Talib ada banyak tanggungan. Apa kata kita berjumpa dengannya untuk meringankan tanggungannya itu ? Saya ambil seorang pak cik pula ambil seorang ” Jawab Al - Abbas “ Ya aku setuju ”. 

Lalu mereka berdua pun pergi berjumpa dengan Abu Talib dan berkata kepadanya. Mereka pun berkata kepada Abu Talib bahawa mereka ingin meringan bebanan Abu Talib dengan mengambil Ali dan Jaafar. Abu Talib bersetuju, maka tinggallah bersama beliau Aqil. 

Semenjak hari itu, Ali bin Abi Talib sentiasa bersama - sama dengan baginda sehinggalah allah Taala membangitkan baginda sebagai nabi dan rasul. Ali juga turut mengikut ajaran baginda SAW. Beliau telah mengucap dua kalimah syahadah dan membenarkannya dalam hati. Begitu juga dengan Jaafar. Beliau telah tinggal bersama-sama dengan Al-Abbas sehinggalah beliau memeluk Islam. 

Setelah Ali r. a berpindah ke rumah Rasulullah SAW beliau begitu gembira dan bahagia sekali kerana kasih sayang yang diberikan oleh Rasulullah SAW. kepadanya. Seharian beliau bersama Rasulullah apa yang beliau lihat adalah akhlak mulia yang ditunjuk dan diajarkan kepadanya oleh Rasulullah. Semua perkara yang diketahui adalah benar dan tiada perkataan yang didengarinya melainkan semuanya adalah benar belaka. Seluruh kehidupannya adalah dibawah asuhan sepupunya iaitu Rasulullah SAW. sama ada dari segi pertuturan, tingkah laku, pemikiran dan segalanya. 

Setelah Muhammad dilantik sebagai nabi dan rasul beliau adalah remaja pertama yang percaya dan mengamalkan ajaran baginda. Tiada suatu keraguan pun yang menghantui fikiran dan sanubarinya. Beliau yakin dengan apa yang diperkatakan oleh sepupunya itu, kerana semenjak kecil lagi beliau tidak pernah mendengar perkataan dusta yang keluar dari lidahnya. Ali cukup mengenali dengan adab, akhlak, keikhlasan dan peribadi Rasulullah SAW. 

MISI SAIDINA ALI

Rasulullah SAW. telah menggalakkan Ali r. a supaya belajar dan berlatih ilmu - ilmu perang di samping mempelajari pembacaan dan penulisan. Ternyata Ali begitu rajin dan tekun dalam belajar sehingga beliau menjadi seorang remaja yang sangat hebat sekali dalam penguasaan ilmu – ilmu tersebut. Beliau baru berumur 9 tahun pada masa itu dan tidak dibenarkan berperang. Walau bagaimanapun, ada misi lain untuk beliau. Beliau telah ditugaskan supaya pergi ke kaabah dan bercakap dengan mana – mana orang asing. Ssekiranya kedatangan orang asing itu adalah untuk bertanyakan tentang Islam atau tentang Rasulullah maka dia hendaklah menunjukkan kepada orang itu tempat kediaman baginda SAW. Beliau telah ditugaskan demikian kerana berita tentang agama baru iaitu Islam telah mula tersebar hingga ke tempat lain. Oleh sebab itu ramailah orang yang telah datang ke Mekah untuk memastikan berita itu. 

DI DARUL ARQAM

Setelah bilangan orang Islam bertambah 30 orang, maka adalah amat penting bagi Rasulullah SAW. untuk bertemu dan memberikan nasihat kepada mereka perkara yang sepatutnya mereka lakukan untuk menghadapi tekanan atau permasalahan dengan masyarakat kafir. Melalui pertemuan tersebut mereka dapat memahami kewajipan berkomunikasi diantara sesama muslim dan persefahaman sesama sendiri kerana dakwah Islam akan diisytiharkan secara terang – terangan. Pertemuan tersebut telah diadakan di Darul Arqam ( rumah al – Arqam ). Ali juga turut serta di dalam pertemuan tersebut. Bapa saudara nabi dan Ali iaitu Hamzah bin Abdul Muttalib singa Allah telah memeluk Islam. Tidak lama kemudian, Umar bin al –Khattab pula telah masuk Islam. 

TUGASAN PENTING

Dakwah Islam akhirnya telah bertukar kepada peringkat terang – terangan sehingga menjadi pengetahuan umum. Pada masa itu Ali sudah pun meningkat dewasa dan menjadi seorang pemuda yang pintar dan gagah berani. Beliau mula berfikir bahawa beliau harus memainkan peranan untuk membantu Rasulullah SAW. dalam misi menegakkan agama Allah. Tambahan pula, pada masa itu isteri baginda Rasulullah SAW. Khadijah sudah pun meninggal dunia. Selain dari itu Abu Talib juga telah kembali ke rahmatullah. Tetapi sayang sekali kerana pemergian beliau bukan sebagai muslim. Tidak lama selepas itu, berlakulah peristiwa Isra’ dan Mikraj. Ali pula sentiasa berlatih dan mendalami ilmu perangnya sebagai persediaan untuk menghadapi hari – hari yang bakal menjelma. 

PERISTIWA HIJRAH SAIDINA ALI BERSAMA RASULULLAH

Rasulullah SAW. telah memerintahkan bahawa selain Ali dan Abu Bakar, semua orang Islam yang lain mestilah berhijrah dan bersatu dengan saudara kaum di Ansar di Yathrib agar mereka lebih kuat. Kaum muslim terus melakukan penghijrahan dari Mekah ke Yathrib untuk bertemu dengan saudara mereka sepertimana yang disuruh oleh Rasulullah SAW. sedangkan baginda sendiri masih belum ke mana – mana sebelum mendapat perintah dari Allah. Umar bin Al - Khattab berjalan keluar dan berkata secara terbuka sambil mengisytiharkan penghijrahannya dan mencabar sesiapa sahaja dari kaum musrikin yang berani tampil untuk menghalangya. Mereka merancang untuk membunuh Rasulullah dan orang – orang Islam. Allah Taala telah mengkhabarkan kepada Nabinya setiap apa yang dibincangkn mereka dan telah memerintahkan baginda supaya tidak tidur di atas tilamnya pada malam itu bahkan hendaklah berhijrah ke Yathrib dengan segera. 

Malam tersebut adalah malam yang dianggap paling bersejarah bagi kaum Quraisy dengan pembunuh Rasulullah SAW. Setelah malam menjelang tiba, semua pemuda yang dikumpulkan itu pun mula mengepung kediaman baginda. Mereka menunggu disitu sampai tengah malam sehinggalah baginda tidur. Dan apabila baginda keluar mereka akan menerpa lalu terus membunuh baginda. Rasulullah menyedari perkara tersebut lalu baginda menyuruh sepupunya Ali bin Abi Talib supaya tidur di atas tilam baginda dan berselimut dengan kain selimutnya sepertimana baginda tidur pada kebiasaannya. 

Adalah menjadi tugas Ali untuk tidur di tempat Rasulullah padamalam itu. Beliau sanggup mempertahankan nyawanya sendiri demi berbakti kepada Rasulullah dan Islam yang tercinta. Sebelum baginda keluar, baginda sempat mengucapkan selamat tinggal kepada Ali “ Kamu sekali – kali tidak akan dimusnahkan oleh sesuatu yang kamu benci ”. 

Inilah peranan dan pengorbanan yang telah dilakukan oleh Ali bin Abu Talib pada masa itu. Walau tugas itu teramat berat untuk dipikul, tetapi berbekalkan keimanan yang jitu serta kasih sayangnya terhadap Rasulullah dan ditambah pula dengan kata – kata perangsang dari baginda sebentar tadi, beliau akhirnya melakukan suruhan itu dengan penuh rela dan tawakal kepadanya. Apabila baginda keluar dari rumah, baginda membaca surah Yassin ayat 1 – 9. Setelah selesai membaca, Allah menjadikan pemuda – pemuda tersebut mengantuk dan terus tidur dengan lena sekali. Baginda segera keluar dari rumahnya dengan penuh keyakinan tanpa disedari oleh sesiapapun. Apabila mereka terjaga, mereka cuba mengintai – ngintai celah dinding rumah Rasulullah dan mereka nampak ada manusia sedang berbaring walhal itu adalah Ali. 

KETIBAAN DI MADINAH BERSAMA RASULULLAH

Ali pun segera memulakan hijrahnya setelah selesai melaksanakan tugas yang telah diamanahkan oleh Rasulullah SAW. Mereka berjalan siang dan malam agar cepat sampai di Madinah. Sesampai sahaja beliau di Madinah, kakinya mula menbengkak dan kulitnya pula tersiat – siat, amat menyakitkan. Rasulullah bersabda “ tolong panggilkan Ali datang ke sini ”. “ Dia tidak dapat berjalan ” sapa salah seorang lelaki yang berada disitu. Baginda pun pergi menemui Ali lalu memeluknya sambil menangis kasihan melihat kesakitan yang dialami oleh Ali itu. Baginda lantas meludah di tapak tangannya dan menyapu ke dua – dua belah kaki Ali yang melecet itu. Ternyata kedua – dua belah kakinya telah sembuh dengan izin Allah. Rasulullah telah mempersaudarakan kaum Muhajirin dan kaum Ansar supaya meeka bersatu ekoran keadaan Madinah pada masa itu tidak stabil dari segi pertahanan. Rasulullah SAW. juga pernah menggelarkan Ali sebagai Abu Turab kerana beliau telah menyindir Fatimah tanpa menyuarakan kata – kata sindiran yang menyakitkan kepadanya. 

PEPERANGAN

Ali bin Abu Talib juga turut menyertai perang bersama – sama baginda Rasulullah SAW. Salah satunya adalah perang badar, di mana Ali bin Abu Talib dan Mirthad al – Ghinawi terpaksa menunggang seekor unta sahaja kerana kekurangan pengankutan. Pada peperangan itu dikatakan dalam sebuah riwayat terdapat dua bendera iaitu putih dan hitam. Yang putih berada di tangan Ali Bin Abi Talib dan yang hitam di tangan kaum Ansar. Pada hari perang Badar itu, ketangkasan dan kekuatan Ali telah terselah dan mula diketahui umum. Ali baru sahaja mencecah umur 24 tahun pada masa itu. Beliau Berjaya membunuh seramai lapan orang musyrikin dan menawan Amru Bin Abu Sufian. Ali Bin Abu Talib turut terlibat dengan peperangan yang lain antaranya perang Uhud, Khandaq, Fadak, Khaibar, Hunain dan perang Tabuk. 

PERKAHWINAN ALI DENGAN FATIMAH

Di dalam suatu perbualan di antara Umar Al – Khattab dan Ali Bin Abu Talib, “ Umar Al – Khattab menanyakan umur Ali serta memberitahu Ali bahawa dia sudah layak berkahwin ”. Ali berdiam diri dan berasa serba salah untuk menjawabnya. Umar Al – Khattab mencadangkan agar Ali melamar Siti Fatimah puteri Rasulullah yang sudah hampir berumur 18 tahun. Dia sememangnya gadis yang cantik serta baik akhlaknya. Tetapi dia agak pendiam kerana banyak menanggung penderitaan. Menurut Umar Al – Khattab, Siti Fatimah anak bongsu Rasulullah banyak menderita akibat perbuatan kaum Quraisy serta kehilangan ibu tersayang iaitu Khadijah. Rasulullah pernah berkata di kalangan penghuni syurga ialah Khadijah, Fatimah, Aishah dan Mariam. Tetapi Ali menolak kerana beliau merasakan beliau mrasakan dirinya yang miskin tidak layak untuk mengahwini Fatimah. Setelah dipujuk oleh Abu Bakar As- Siddiq Ali Bin Abi Talib pun bersetuju. 

Pada suatu hari Ali menghadap Nabi Muhammad yang ketika itu berada di rumah Ummu Salamah. Ali pun kemudiannya memberitahu hajatnya ingin melamar Siti Fatimah untuk menjadikannya sebagai isterinya. Rasulullah senang hati mendengar permintaan Ali dan bertanya kepada Ali. “ Wahai Ali, adakah kamu mempunyai sesuatu bagi dijadikan mas kahwin ”. Jawab Ali “ Tidak ”. Baginda terus bertanya. “ Di manakah perisai rosak yang telah aku hadiahkan kepada kamu padu suatu masa dahulu ?. Lalu Ali pun menjadikan perisai tersebut sebagai mas kahwin. 

Menurut sebuah riwayat lalu yang turut disanadkan kepada Ali Bin Abi Talib bahawa Rasulullah menyediakan tilam dan bantal yang lembut yang diperbuat daripada bulu biri – biri hasil seni beberapa orang yang mahir dalam kerja seperti ini. Perkahwinan Ali dan Fatimah telah dilangsungkan pada tahun selepas perang Badar. Mereka dikurniakan cahaya mata pertama iaitu Hasan yang dilahirkan sama pada pertengahan bulan Sya’ban atau pun pada awal Ramadhan tahun ketiga sebelum perang Uhud Wallahu’Alam. 

PERLANTIKAN ALI BIN ABI TALIB SEBAGAI KHALIFAH

Setelah kematian Khalifah Uthman Affan, kota Madinah tidak lagi aman dan ditadbir oleh al – Ghafiqi bin Harb Al – Akki. Dia adalah ketua golongan penentang yang membunuh Khalifah Uthman. Disebabkan itu penduduk Madinah tidak menyukainya. Orang Mesir hendak melantik Ali bin Abi Talib menjadi Khalifah, tetapi beliau menolaknya kerana dia tidak menyukai orang Mesir, kerana mereka golongan penentang Khalifah Uthman Affan. Pelbagai cadangan yang dibuat oleh mereka untuk melantik Khalifah antaranya ialah Talhah bin Ubaidullah, Zubair bin Awam dan Abdullah bin Umar iaitu anak kepada Umar Al-Khattab. Akhir sekali, Al – Ghafiqi sendiri menemui Ammar bin Yaser supaya mencari sendiri pengganti Khalifah Uthman Affan. Mereka memberi masa tiga hari kepada Ammar bin Yaser untuk melantik seorang khalifah. 

Sekiranya gagal, mereka akan bunuh Ali bin Abi Talib, Zubair Bin Awam, Saad Bin Abi Waqas dan Abdullah Bin Umar kerana menolak perlantikan khalifah. Penduduk Madinah berasa tertekan dengan amaran al – Ghafiqi itu. Kemudian orang Muhajirin dan Ansar berarak ke rumah Ali bin Abi Talib lalu mereka mendesaknya untuk menerima perlantikan itu. Ali pun bersetuju dan menerimanya. 

KEMATIAN SAIDINA ALI BIN ABI TALIB

Pada zaman pemerintahan Ali Bin Abi Talib, terdapat golongan penentang yang menghasut orang ramai supaya bergabung dengan mereka bagi menentang Khalifah dan berkumpul di Nahrawan. Setelah mendapat tahu berita itu, Ali Bin Abi Talib memanggil Abdullah Bin Khabab dan melantik beliau sebagai wakil bagi menemui golongan penentang di Nahrawan. Namun rudingan tersebut gagal malah beliau diugut akan di bunuh sekiranya tidak mahu bergabung atau pun menentang mereka dan beliau juga dibunuh semasa perjalanan pulang. 

Apabila mendapat berita itu, maka Khalifah Ali bin Abi Talib membawa pasukan tenteranya ke Nahrawan bagi menyiasat siapa yang membunuh Abdullah. Tetapi berlakunya pertempuran sengit dan ramai yang terkorban lalu Khalifah Ali Bin Abi Talib kembali ke Kufah. Mereka yang berpakat untuk membunuh Ali Bin Abi Talib, Muawiyah bin Abu Sufian dan Amru bin Al – As ialah Abdul Rahman bin Muljam, Al – Barak bin Abdullah dan Amir Bin Bakr. Pada subuh 17 Ramadhan mereka bertiga menuju ke destinasi masing – masing. Abdul Rahman pergi ke Kufah dan telah menemui seorang gadis bernama Qhitam Bin Al – Aqlar dan menemui keluarga gadis tersebut umtuk meminangnya. Namun gadis tersebut memberi tiga syarat kepada Abdul Rahman iaitu memberi wang sebanyak tiga ribu dirham, seorang hamba lelaki dan perempuan dan yang ketiga membunuh Ali. 

Abduk Rahman menyatakan kesanggupannya bagi memenuhi kesemua syarat itu dan mereka pun berkahwin. Selepas mereka berkawin, setiap hari Qhitam mendesaknya supaya membunuh Ali Bin Abi Talib. Lalu Abdul Rahman pun menetapkan tarikh pada 17 Ramadhan bersama kawan – kawannya untuk membunuh Ali. Dia pun membeli sebilah pedang lalu mengasahnya dan disapu dengan racun. Al – Asyath mula berasa curiga apabila melihat Abdul Rahman mengendong pedang setiap hari seperti hendak pergi berperang. Lalu Al –Asyath menanyakan Abdul Rahman dan Abdul Rahman pun menjawab “ Pedang yang tajam ini saya akan gunakan bagi menyembelih pengkhianat ”. Lalu Al-Asytah mengadukan hal tersebut kepada Khalifah Ali Bin Abi Talib. 

Kemudian mereka pun mengheret Abdul Rahman lalu membawanya kepada Khalifah Ali Bin Abi Talib tetapi Ali membebaskannya. Walaupan Khalifah Ali Bin Abi Talib tahu bahawa ada orang ingin membunuhnya tetapi dia berserah diri kepada Allah dan yakin dengan ketentuannya seperti yang dikhabarkan oleh Rasulullah SAW. bahawa beliau akan mati syahid di tangan orang rapatnya sendiri. 

Pada pagi subuh 17 Ramadhan, Khalifah Ali Bin Abi Talib bangun pagi untuk sembahyang berjemaah di masjid. Ketika itu Abdul Rahman dan Syahub berjemaah di depan pintu rumah Ali. Ketika Ali membuka pintu rumahnya Syahib menghayun pedangnnya tetapi terkena pada palang pintu, kemudian Abdul Rahman pula menetak pedangnya lalu mengenai kening Khalifah Ali Bin Abi Talib dan walaupun beliau cedera parah beliau sempat berlari untuk mendapatkan pertolongan orang ramai di masjid. Orang ramai mengejar dan menangkap Abdul Rahman dan Syahib. Ali sempat berkata sekiranya dia hidup dia akan menjatuhkan hukuman terhadap Abdul Rahman dan sekiranya dia meninggal dunia maka terserahlah kepada orang ramai. Ali Bin Abi Talib membuat wasiat dengan memanggil Hasan puteranya “ sekiranya saya meninggal dunia kerana tikaman Abdul Rahman maka hukumlah dia dengan satu kali tikaman jangan sampai dicincang ”. Tiga hari kemudian Khalifah Ali Bin Abi Talib meninggal dunia. 

Wallahualam

Sumber/Kredit: eseipelajar2015.blogspot.com

Post a Comment

Terbaru Lebih lama

Iklan In-Feed (homepage)

" target="_blank">Responsive Advertisement