Assalammualaikum wbt
4 Jamadilawal 1441m
4 Jamadilawal 1441m
UNTUK IBU BAPA YANG PENYAYANG
10 "Bahasa Dosa Dalam Berbicara" Penyebab Anak Degil Dan Bermasalah Yang Perlu Dielakkan Ketika Bercakap Dengan Anak.
#1 Bahasa Melaknat
Contohnya, sumpah seranah, maki hamun, carutan menggunakan perkataan yang buruk.
Anak yang sering ditengking dan dimaki hamun biasanya sama ada menjadi seorang yang keras jiwanya dan rebellious ataupun seorang yang kurang keyakinan diri.
#2 Bahasa Menyindir (Sarcasm)
Contohnya, "Asyik-asyik mintak duit je. Kamu ingat ayah/ibu ni kerja cop duit?" "Kan dah jatuh. Mata letak kat mana, kat lutut?"
Bahasa sebegini sangat merobek emosi. Hakikatnya, anak-anak tak faham bahasa sindiran. They won't get the message. Lebih baik berterus-terang dan gunakan ayat yang jelas dan mudah difahami.
Tak dinafikan budaya sindir menyindir sangat menebal dalam masyarakat kita. Tapi budaya sarcasm ini memang Allah larang.
"Wahai orang-orang yang beriman!
Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) mencemuh dan
merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak
yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka, dan janganlah pula
sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan
puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan
itu lebih baik daripada mereka,"
Al-Hujurat 49:11
#3 Bahasa Berdusta/Menipu
Contohnya, "Jangan nangis ya, nanti ibu belikan aiskrim." (Tapi akhirnya tak beli pun, cuma untuk memujuk supaya diam). "Jangan nakal-nakal, nanti polis tangkap." "Jangan main kat situ, ada hantu."
Ayat-ayat di atas biasa diucapkan oleh masyarakat kita. Saya kira, hadis di bawah sangat baik untuk dijadikan panduan. Jangan berbohong kepada anak! Ia akan menghilangkan kepercayaan anak pada ibu bapa dan akhirnya meniru perbuatan tersebut.
"Pada suatu hari ketika Rasulullah s.a.w duduk di tengah-tengah kami, (tiba-tiba) ibuku memanggilku dengan mengatakan, 'Hai ke mari, aku akan beri kamu sesuatu!' Rasulullah s.a.w mengatakan kepada ibuku, 'Apa yang akan kamu berikan kepadanya?' Ibuku menjawab, 'Kurma.'
Lalu Rasulullah s.a.w bersabda, 'Ketahuilah, seandainya kamu tidak memberinya sesuatu maka ditulis bagimu kedustaan'."
~ Hadis Riwayat Abu Daud ~
Belajar untuk terangkan dan memujuk dengan lembut dalam bahasa yang mudah.
#4 Bahasa Menemplak
Contohnya, "Padan muka." "Tu lah, tak nak dengar cakap ibu. Kan dah luka. Lain kali buatlah lagi."
Anak-anak tak dapat belajar apa-apa daripada ayat yang memancing emosi sebegini. Sepatutnya, beritahu saja apa kesilapan tersebut dan nasihatkan supaya tak mengulanginya.
#5 Bahasa Membandingkan
Contoh, "Cuba kamu tengok abang/kakak, rajin tolong ibu di rumah. Tak macam kamu ni, asyik nak main je." "Kenapalah kamu ni tak pandai macam adik. Asyik dapat nombor corot je."
Jangan bersikap pilih kasih terhadap anak-anak. Setiap anak ada kelebihan masing-masing. Perbuatan melebihkan/menyayangi anak-anak tertentu (favoritism @ pilih kasih) hanya akan menjadikan anak-anak lain rasa rendah diri, tidak disayangi dan depressed. Hubungan antara anak-anak juga akan retak dan dalam banyak keadaan, 'sibling rivalry' akan berterusan sekalipun setelah dewasa dan beranak-pinak.
#6 Bahasa Mengkritik/Membebel
Yang ni mungkin ramai ibu biasa buat, tapi ianya memang tak bagus untuk anak sebab tiada siapa suka dileteri. Kalau nak berikan arahan ataupun menegur, gunakan ayat yang ringkas dan mudah difahami. Fokus pada kebaikan yang mereka buat. Hakikatnya, anak yang sentiasa dikritik takkan maju ke depan, malah akan hilang keyakinan diri mereka.
#7 Bahasa Mengungkit
Contohnya, "Kenapa result teruk macam ni? Buat penat je ayah/ibu hantar pergi tuisyen, belikan buku dan macam-macam. Tapi tak pandai-pandai juga."
Kuncinya, ikhlaskan hati dan banyakkan bersabar dalam mendidik anak-anak.
#8 Bahasa Mengugut
Contohnya, "Kalau lepas main tak nak kemas, ayah/ibu buang semua mainan." "Kalau tak berhenti menangis, ayah/ibu tinggal." "Kalau tak nak dengar cakap, ayah/ibu pukul."
Jangan ugut atau menakut-nakutkan anak. Anak-anak memang perlu diajar tentang akibat sesuatu perbuatan, tapi bukan dengan mengugut. Sebab itu, ibu bapa perlu tetapkan peraturan di rumah berserta denda jika ia dilanggar dan ini diterangkan kepada anak-anak. Yang penting, kena konsisten, tegas (bukan garang) dan hukumannya juga perlu berpatutan. InsyaAllah anak-anak akan mudah faham akibat perbuatan mereka serta jadi lebih berdisiplin. Penggunaan 'Star Chart' juga sangat bagus untuk mendisiplinkan dan motivasikan anak berbuat baik.
#9 Bahasa Menuduh
Contohnya "Macam mana barang boleh hilang? Ni mesti tadi kamu cuai masa main sampai tercicir." "Kenapa adik menangis ni? Abang/kakak buat ya?"
Sebaiknya siasat dulu untuk tahu keadaan sebenar dan berikan anak peluang untuk menerangkan hingga habis. Itu memberikan mereka keyakinan dan keberanian untuk berterus-terang dan mengaku kesalahan (jika bersalah) dengan jujur.
#10 Bahasa Bisu (Silent Treatment)
Dengan mendiamkan diri tak akan membantu anak untuk membetulkan kesalahan mereka. Bahkan akan membuatkan mereka rasa lebih tidak disayangi serta menjauhkan diri.
Parenting sememangnya sangat mencabar dan memerlukan kekuatan mental emosi yang tinggi. Ia juga satu perjuangan yang panjang dan melelahkan.
Tapi tiada yang lebih manis apabila anak yang kita didik dan asuh itu membesar menjadi manusia yang baik dan bermanfaat kepada orang lain, serta menjadi pemimpin kepada lingkungan masing-masing.
Sama-samalah kita usaha tingkatkan parenting skills dan elakkan bahasa percakapan seperti di atas ya. Sama-samalah kita perbaiki yang salah.
#9 Bahasa Menuduh
Contohnya "Macam mana barang boleh hilang? Ni mesti tadi kamu cuai masa main sampai tercicir." "Kenapa adik menangis ni? Abang/kakak buat ya?"
Sebaiknya siasat dulu untuk tahu keadaan sebenar dan berikan anak peluang untuk menerangkan hingga habis. Itu memberikan mereka keyakinan dan keberanian untuk berterus-terang dan mengaku kesalahan (jika bersalah) dengan jujur.
#10 Bahasa Bisu (Silent Treatment)
Dengan mendiamkan diri tak akan membantu anak untuk membetulkan kesalahan mereka. Bahkan akan membuatkan mereka rasa lebih tidak disayangi serta menjauhkan diri.
Parenting sememangnya sangat mencabar dan memerlukan kekuatan mental emosi yang tinggi. Ia juga satu perjuangan yang panjang dan melelahkan.
Tapi tiada yang lebih manis apabila anak yang kita didik dan asuh itu membesar menjadi manusia yang baik dan bermanfaat kepada orang lain, serta menjadi pemimpin kepada lingkungan masing-masing.
Oleh :
Dr. Azlina Roszy Mohamad Ghaffar
Pakar Psikologi Klinikal
Hospital Pakar An-Nur, Bangi
Moga bermanfaat. Sekian, Wassalam =)
Catat Ulasan