Assalammualaikum wbt.
7 Rabiulawal 1441
7 Rabiulawal 1441
1. Mengumpat ini wabak penyakit sebenarnya, kegiatan ini akan terus berlaku, lebih-lebih lagi kalau disediakan tempat khusus mengumpat dalam komuniti kita.
Kalau di kampung, mungkin warung-warung kopi sambil bermain dam atau juga di masjid selepas solat jemaah, membawang dahulu sebelum pulang.haaaa kan. Kalau di rumah mungkin meja makan lah tempatnya dan di pejabat pula biasanya pantri tempatnya.
2. Adat resminya, jika kau mengumpat orang lain, atau biasanya kau hanya duduk mendengar tanpa bersuara, kau tetap akan diumpati oleh orang lain.
3. Mereka ini tidak jemu, ada saja bawang yang akan dikupas, terutama isu yang buat mereka marah dan geram.
4. Ish ish ish. Pendendam mereka ini rupannya, ada saja salah orang lain yang akan dibincangkan. Konon hanya dia yang mulia dan baik di mata masyarakat.
5. Oleh itu, berjaga lah selalu kawan. Buat lah perkara yang benar Allah redha dan pesan pada diri agar fokus kepada pandangan Allah jika mahu kecewa di dunia ini.
6. Terlalu ramai orang yang sekeliling kita ini seakan 'zombie', suka memakan daging saudaranya sendiri. Hanya mengutamakan sarakahnya saja tanpa menjaga hati orang lain.
7. Bahaya, khuatir terbuka aib orang lain. Kadang kita terlalu seronok membuka pekung lain tanpa kita terlupa orang lain pun sedang mencari pekung kita untuk ditayangkan. Allahu.
Hentikanlah membawang ini dengan kata lain memfitnah serta mendengar fitnah. Kau tak akan dapat apa apa melainkan yang sia sia sahaja, betul tak.
Rugilah kalau hidup 1000 tahun sekalipun tetapi setiap hari membuang masa dengan menceritakan tentang keburukan orang lain.
1. Ramai manusia terjun ke neraka disebabkan mulut. Mengumpat. Menceritakan keburukan orang lain adalah perkara yang sangat seronok. Kaum hawa selalu melakukannya.
2. Akan tetapi tahukah anda, al-Imam al Zahabi meletakkan ghibah (mengumpat) sebagai salah satu dosa besar dalam Islam.
3. Menceritakan keburukan, kelemahan, atau mengenai hal urusan insan lain mungkin ringan di mulut kita, tetapi tahukah anda, ia berat disisi Allah.
4. Di akhirat, insan terdesak memerlukan perlindungan, hari yang menakutkan, kita pula yang sering mengumpat menceritan keburukan orang lain di dunia sibuk tercari-cari di akhirat orang yang pernah kita mengumpat atau zalimi ketika di dunia.
5. Jagalah lisan kita, jangan menceritakan mengenai masalah dan urusan orang lain yang tidak ada dengan kepentingan dan maslahah.
Nabi Sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda.
Sekian, Wassalam.
BAHAYA MEMBAWANG

الْمُسْلِمُ مَنْ سَلِمَ الْمُسْلِمُونَ مِنْ لِسَانِهِ وَيَدِهِ
“Seorang muslim adalah seseorang yang orang muslim
yang lainnya selamat dari ganguan lidah dan tangannya”
(hadis sahih muslim)
Sentiasa muhasabah diri.Sekian, Wassalam.
Catat Ulasan