PUSAT SERVIS KERETA DAN TAYAR DI SHAH ALAM

Assalammualaikum wbt.
#sajakongsi

Kalau sebelum ni Yaya pernah review mengenai sebuah bengkel yang bertempat di Meru, Klang, kali ini Yaya mencuba pula sebuah bengkel di Shah Alam. Haaaa..merata Yaya pergi ok.hehe Oh ya, mana orang-orang Klang dan yang berdekatan dengan bengkel di Meru tadi kalau ada yang mahu membuat servis atau membaiki kenderaan anda, bolehla cuba di bengkel yang Yaya cadangkan tu. Korang boleh baca review Yaya mengenai bengkel tu kat > SINI <

Bagi orang-orang Shah Alam dan yang sewaktu dengannya, jika anda rasa ingin mencuba ditempat yang Yaya bakal cadangkan ini, boleh juga cuba pergi.



Kedai atau bengkel ni bukan sebarangan bengkel servis. Lihat je la betapa besar kedai ni. Jika dilihat dari luaran atau lihat sekali lalu sahaja mungkin bagi mereka yang jarang atau pertama kali lalu disitu tak menyangka kedai ni menyediakan perkhidmatan servis kereta.


Kawasan hadapan premis

Masa nak masuk waktu ni, risau juga kalau tersalah tempat, sebabnya, dari luar lagi dah nampak bahagian dalam bangunan ni penuh dengan tayar. Tayar yang besar pula tu. Dan banyak lori yang keluar masuk ke sini.

Gambar kredit : Pro Blogger

Rupanya di Pusat Servis Casumina ni bukan sahaja boleh servis kereta dan tayar sahaja tetapi juga pakar untuk servis kenderaan yang lebih besar iaitu lori.

 Gambar sumber : Casumina Instagram  

Untuk penutup tahun 2019 ni, saja Yaya bawa kereta servis diluar, iaitu selain dari Servis Center kereta Yaya ni. Saja nak tahu apa perbezaan servis kereta dengan bengkel luar dengan Servis Center. Apa yang boleh Yaya simpulkan, dari segi harga, lebih kurang je. Memang ianya perkara biasa sebab kereta pun bukan kereta dari dalam negara punya. Jadi barang-barang yang diguna pun tidak boleh sebarangan.huhu. Bukan Yaya memilih tapi kereta yang tak berapa lama sangat dan baru ni, risau juga kalau sebarangan barang yang diguna. Jenuh ui nak cari 'sparepart' nanti.hehe. Aih yang faham je lah faham. Nak terang nanti panjang lebar, korang bukan suka sangat nak baca karangan kan. Yaya tahu sudah! =p

 Gambar sumber : sini

 Pelbagai jenis dan saiz tayar yang murah tetapi berkualiti boleh didapati disini

Harga pun berpatutan dan mampu milik!

Lepas dari servis kereta tu, mereka ada beritahu Yaya serba sedikit hal kereta Yaya. Maksud Yaya, masalah dengan kereta Yaya. Terutama bahagian tayar. Bila sebut tayar, Yaya sudah dapat agak sebenarnya. Sebab tayar Yaya tu memang sudah sepatutnya ditukar! Tapi ada 1 lagi yang buat Yaya sedikit terkejut. Bukan terkejut sebab apa, tetapi kerana tak menyangka, ada tayar Yaya yang sudah 'crack' sedikit. Dan mereka cadangkan untuk menukar terus tayar. Tetapi disebabkan Yaya belum cukup bajet lagi..huhu (kesian nya la kan) terpaksa la tangguh. Dan mereka nasihat untuk tidak membawa kereta dengan laju (macam tahu je Yaya bawa macamana..haha =p) dan tidak boleh berjalan jauh. 


Makanya, buat masa sekarang Yaya cuma bawa kereta 'jalan-jalan' dalam kawasan taman perumahan je. Sedih. >,<

Tapi serius bagusnya tempat servis Casumina ni mereka juga sediakan pakej tukar tayar sekali dengan 'safety bar' dengan harga yang berpatutan. Yang ni memang jarang Yaya tengok atau dengar ada mana-mana bengkel mahupun kedai servis kereta dan tayar yang menyediakan sekali pakej tayar dan pemasangan 'safety bar'.


Safety Bar

Apa SAFETY BAR? Kenapa ia penting untuk kereta? Kebelakangan ni kerap kita dengar kemalangan jalan raya berpunca dari tayar meletup kemudian terbabas! Kenapa boleh terbabas? Sebab pemandu kurang ilmu pengetahuan tentang tayar dan keadaan kereta mereka. Jadi dengan adanya safety bar tu, kereta akan lebih stabil dan tidak akan mudah berbabas. InshaAllah. Tapi ingat, kena rajin juga cek kereta dan tayar masing-masing, ye.


Gambar sumber : Pro Blogger

Dan last but not least! Yang ini memang kebanyakan Pusat Servis Kereta ada sediakan. Iaitu CUCI KERETA. Begitu juga di Pusat Servis Kereta Casumina ni, lepas dah servis kereta atau tukar tayar di tempat mereka, boleh terus pegi cuci kereta jika mahu. Kebetulan, Yaya ada lihat iklan didalam kedai mereka seperti dibawah ni


Berkenan dengan NANO MIST

Tu diaaa aihhh. RM39 je! So, ada baki duit lebih sikit (hehe) Yaya amik lah pakej ni. Paling tertarik dengan NANO MIST tu. Sebab sebelum ni Yaya ada dengar tentang NANO MIST pada kereta ni. Ianya untuk membunuh dan membuang segala serangga-serangga yang berkemungkinan dah bertapak lama dalam kereta kita. haha. Selain dari tu, ia juga untuk membersihkan udara didalam kereta.

No wonder kereta Yaya bau FRESH! Dan boleh tahan kilatnya juga. hehe. Sangat berpuas hati! Tak pasti pula sampai bila promosi yang mereka buat ni. Tapi kalau lama lagi memang Yaya akan datang buat pakej ni lagi. Jimat pun jimat!



Kalau korang nak tau dengan lebih lanjut tentang Pusat Servis Kereta dan Tayar Casumina ni atau nak tahu mengenai pakej promosi tayar dan safety bar dikedai ini, boleh hubungi Mr.Alywin di nombor 012 398 8507 atau terus je ke Casumina di Shah Alam. Jika tak tahu, boleh Waze jer 'Casumina Shah Alam'. Yaya pergi hari tu pun guna waze je (padahal duduk Shah Alam -_- ) apedaaa.huh.

Oh ye, lupa Yaya nak beritahu juga. Lepas dari servis kereta ni, bawa kereta rasa macam lebih ringan pula. Nak kata dah tukar tayar belum lagi. Tak tahu adakah mungkin sebab baru lepas servis kereta atau basuh kereta berpakej tu.hehe.

Sekian, Wassalam =)

Post a Comment

Terbaru Lebih lama

Iklan In-Feed (homepage)

" target="_blank">Responsive Advertisement