Asalammualaikum w.b.t
Selalu jumpa pasal ziarah menziarah ni time bulan puasa ramadhan nak ke bulan syawal je. La ni kita ULANGKAJI lagi sekadar untuk ingatan diri dan sesiapa yang dah TERsinggah blog dan entri Yaya ni,ok.
Haa jom kita baca kejap apa sebenarnya adab ketika menziarahi rumah seseorang ☺
1) MINTA IZIN SEBANYAK TIGA KALI DAN MEMBERI SALAM
Disunatkan meminta izin sebanyak tiga kali, tidak lebih dari itu. Contohnya, 'Assalamualaikum. Saya hendak berziarah, boleh masuk saya masuk?' Seandainya tidak diberi keizinan hendaklah pulang dengan cara yang baik tanpa ada sebarang keraguan atau rasa sedih
2) KETUKAN YANG TIDAK MENGGANGGU
Harus mengetuk pintu atau membunyikan loceng ketika meminta izin masuk ke dalam rumah. Ketukan itu hanya sebagai perkara sampingan dan penyempurnaan kepada salam dan permintaan izin masuk. Ia tidak boleh menggantikan makna salam dan isti'zan
3) POSISI BERDIRI TIDAK MENGHADAP PINTU MASUK
Ketika menunggu keizinan tuan rumah, pengunjung hendaklah menunggu dengan sabar. Jangan berdiri di hadapan pintu yang terbuka luas. Ia hendaklah berada dalam posisi berdiri di sisi kiri atau kanan pintu dan tidak menghadap terus ke dalam ruangan rumah
4) TIDAK MENGINTAI-NGINTAI KE DALAM RUMAH
Ketika menunggu, juga dilarang dari mata liar memandang-mandang atau menjeling-jeling ke dalam rumah melalui pintu yang sedang terbuka atau menilik-nilik di celah-celah lubang pintu yang tertutup kerana ini melambangkan keperibadian yang tidak elok dari segi akhlak dan juga dianggap kurang sopan
5) MEMPERKENALKAN DIRI
Sudah pasti tuan rumah ingin mengetahui siapakah tamu yang datang sehingga bertanya : "Siapa?" Maka hendaknya seorang tamu tidak menjawab dengan "saya" atau "aku" atau yang seumpamanya tetapi hendaklah memperkenalkan diri dan sebutkan nama dengan jelas
Harap dapat manfaat dari apa yang Yaya kongsikan ye 😊
Sumber: Buku "Ajarkan Wanitamu Surah al-Nur" (Tadabur ayat 27)
Penulis: Ustazah Nafisah Tahir dan Ustaz Kamal Shaari
Catat Ulasan