WAHAI BLOGGER FAMOUS, JANGAN LAH TAMAK ILMU


Last weekends Liez sempat la jugak tengok blog. Tapi tak sempat nak post any entry sebab Niyaz tak sihat. Dah tidur tapi kejap-kejap bangun menangis sebab hidung tersumbat.. 

Hmmmm... Liez nak story ni.. Liez ada la adore satu blogger ni. Sebab bila tengok blog dia memang cantik, lepas tu banyak iklan berbayar. Dia pun banyak review product-product. Bila tengok pageview dia memang beratus ribu la. Siap bertambah viewer setiap beberapa saat.
Pagi sabtu tu Liez pun buang la rasa malu ni untuk WA dia la kan... just nak tahu tips yang dia gunakan untuk buat sesuatu entry untuk menarik minat pembaca. Walaupun Liez dah baca entry dari blog Sis Hawa.. Tapi just nak tahu dari perspektif dari seorang blogger yang terkenal jugak la.

Tapi jawapan yang Liez terima memang tak best la.. Dia kata " Cari la sendiri!" Hmmmm... terkedu betul Liez bila baca reply dia. Memang tak jangka dapat jawapan yang begitu.Bila tengok dia dalam blog, macam jenis friendly jugak. Tapi hampehhhh...Takpe lah.. bukan rezeki Liez la kot kan nak dapat tips-tips berblogging dari seorang yang sudah handal dalam blog ni.. Cuma memang terkesan la. Sebab niat Liez memang nak tahu tips sahaja, bukan nak suruh dia buat ayat untuk Liez. Baik Liez tanya pada blogger Sis Hawa atau Umi Fuzy. Diaorang walaupun tak famous tapi tak kedekut nak bagi share ilmu tau.

Coretan hati luka seorang blogger sendu

P/S: ADA TAK KELAB BLOGGER KL ATAU SELANGOR?






Post a Comment

Terbaru Lebih lama

Iklan In-Feed (homepage)

" target="_blank">Responsive Advertisement