Assalamualaikum...
Kecoh riuh tentang hadiah menarik yang ditawarkan oleh Traveloka... Even blogger +Mrs Fuzy šŵëĕt.šöʊř.Նĕγʀǟ suruh Liez join the contest Traveloka ni... Ya... memang excited nak join... Mana la tahu boleh menang hadiah utama voucher bernilai RM6000 dari Traveloka untuk percutian Liez yang dah lama dirancang tue..
Apa itu Traveloka?
Meh Liez nak cerita sikit..
Traveloka adalah salah satu platform tempahan penerbangan terkemuka di Asia Tenggara. Tanpa ada kos tersembunyi dan harganya yang berbaloi-baloi.
Dan yang paling best ia memudahkan urusan tempahan penerbangan dan hotel dalam satu applikasi yang mudah samada melalui telefon bimbit atau tablet tidak kira dimana sahaja dan bila-bila masa sahaja..
Mudahkann ??? Hanya dihujung jari anda
Dan jangan lupa, Traveloka menawarkan dengan diskaun yang menarik
Kenapa Liez pilih #MyTravelokaEscapade Langkawi berbanding tempat-tempat lain yang menarik diantaranya Tokyo dan Korea yang menjadi kegilaan rakyat Malaysia? Kerana #MyTravelokaEscapade Langkawi lah tempat bermulanya detik perkenalan dengan My Dearie aka Baba kepada puteri dan putera kami... Dah lama merancang untuk kembali bercuti ke #MyTravelokaEscapade Langkawi bukan sahaja dengan My Dearie tetapi dengan anak-anak. Nak tunjuk la dekat anak-anak tempat mama dan baba mereka berjumpa dan berkenalan ..hihihihi Tapi kerana bajet tidak mengizinkan..Jadi kami tangguh hingga ke hari ini....
Kisah bermula pada tahun 2005, dimana Liez ditugaskan untuk membawa kumpulan staff satu company bercuti di #MyTravelokaEscapade Langkawi.
Memang happy la sebab kali pertama merasa naik kapal terbang. Dan yang menariknya, konon nak carikan jodoh untuk seorang lagi kawan yang sama-sama ditugaskan menjaga group tu. Tapi akhirnya Liez yang bertemu jodoh.. hihihi drama sangat kan..??? hihihi
Bermula bibit bertemu jodoh ketika di airport. Liez mengedarkan tiket penerbangan kepada setiap orang dan Liez mengalami kesukaran untuk menyebut nama My Dearie. Dia memiliki nama yang sangat unik dan macam takut salah je nak sebut..Tapi dia datang kenalkan diri dan memberitahu dia empunya nama yang masih tak dapat ticket penerbangan.. Waaaaa malu sebenarnya...
Setiba di #MyTravelokaEscapade Langkawi, kami terus dijemput ke hotel untuk check in. Masing-masing dah kepenatan dan mengumpul tenaga untuk berjalan pada esok paginya. Keesokkan pagi, kami sudah bersiap untuk ke tempat-tempat menarik di #MyTravelokaEscapade Langkawi.
1) Langkawi SkyCab
Ini adalah salah satu tempat tarikan pelancong yang datang bercuti ke #MyTravelokaEscapade Langkawi. Memiliki panorama yang sangat indah di atas Gunung Machincang dan dikelilingi dengan flora dan fauna yang sangat menakjubkan. Kita boleh menaiki kereta kabel yang disedia untuk ke puncak dan terus ke jambatan gantung.
Dengan kadar ticket RM30 untuk dewasa dan RM 22 untuk kanak-kanak pasti akan meninggalkan kenangan terindah.
Ketika kami di sini, masing-masing tidak melepaskan pengalaman berjalan di jambatan gantung yang agak bergoyang sedikit bila ditiup angin dingin dari arah laut berhampiran.. Sungguh mengemparkan.. Tapi jangan takut, keselamatan jambatan gantung ini sangat tip top . Masa disini Liez macam dah perasan ada seseorang yang memerhatikan. Siapa la agaknya kan? hihihihi...
2) Makam Mahsuri
Kisah lagenda di mana Mahsuri adalah nama seorang gadis yang telah difitnah lalu ditikam dengan tombak. Tetapi sebelum itu Mahsuri telah bersumpah yang beliau tidak menghalalkan darahnya jatuh ke bumi kerana beliau adalah mangsa fitnah dan menyumpah #MyTravelokaEscapade Langkawi akan menjadi padang jarak padang terkukur selama tujuh keturunan. Menurut cerita lagi, Mahsuri mengalirkan darah bewarna putih . Sehingga kini cerita lagenda ini dijadikan teater dan juga cerita kanak - kanak
Potret gadis yang dipercayai Mahsuri |
Terdapat juga sebuag telaga yang dikatakan digunakan oleh Mahsuri sejak dilahirkan dan hingga ke hayat yang terkahir. Air telaga ini juga dikatakan diginakan untuk memandikan jenazah Mahsuri
3) Langkawi Underwater World
Kemudian kami dibawa ke Underwater World untuk menyaksikan sendiri kumpulan penguin didalam bilik yang dibina khas dan bersuhu sejuk. Actually Liez memang excited nak tengok penguin tue. Dikatakan penguin ini adalah penguin paling kecil diantara spesis penguin yang ada. Dipanggil "The Rockhopper" yang dibawa khas pada 6 Disember 2003 dari Johannesburg, Afrika Selatan. Ia berasal dari Kepulauan Nightingale Lautan Atlantik. Ada juga bahagian pameran lain seperti ruang hutan tropika yang sebenar, himpunana ikan-ikan laut dan hidupan maritim yang jarang kita lihat ada disini.Termasuk juga pameran hidupan reptilia dan kolam ikan Koi. Tak salah Liez ada juga menempatkan monyet terkecil didunia
Ticket masuk RM 36 (dewasa) RM 26 (Kanak-kanak)
4) Dataran Helang
Ok yang ni memang tiada lagi masa tahun 2005. Tetapi ini adalah lokasi wajib bila sampai ke #MyTravelokaEscapade Langkawi. Dengan ketinggian 12 meter, tugu helang yang sayapnya sedia berkepak menarik ramai pelancong untuk bergambar kenangan disini. Ia melambangkan dari mana #MyTravelokaEscapade Langkawi mendapat namanya. "Lang" adalah sama atau singkatan "helang" manakala "kawi" bermaksud perang merah dizaman melayu purba. Lokasi Dataran helang ini bersebelahan dengan pelantar Jeti Kuah
Family kecil Liez... |
Catat Ulasan