JOM MASAK : Blackpepper sos untuk meatball ala Ikea

Last week tetiba tekak teringin nak makan Ikea meatball tapi macam malas nak ke sana,Dengan ramainya orang kan... Then teringat penah viral blackpepper sauce Ikea dekat FB.. So Liez pun google dan jumpa.. Bahan nya sangat mudah dan yang penting... SEDAP dari Ikea walaupun bukan la sebijik rasa... Liez prefer lagi lagi yang resepi buat sendiri ni...Lagi best last week sampai 2 kali buat..Masih tak boleh nak move on la katakan.. nie pun sambil menaip ni rasa nak balik buat lagi..hihihi
Mari Liez share resepi nya

Bahan-bahan:
2 sudu besar butter
2 biji bawang holland (dicincang)
2 sudu besar tepung gandum
2 biji tomato (potong dadu)
1 cawan whipping cream
1 cawan air
2 sudu besar kicap manis
2 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos tiram
1 kiub ayam
1 kiub daging
2 sudu besar lada hitam (halus)

Cara-cara membuatnya:
1) Cairkan butter dan saute bawang holland hingga layu. Jangan sampai kuning tau

 2) Masukkan tepung, gaul hingga keperangan dan masukkan tomato. Kacau hingga layu
3) Masukkan cream dan air. Masukkan juga kicap, sos tomato, sos tiram, kiub ayam dan daging.
4) Biar mendidih dan masukkan lada hitam.
5) Biarkan dia mereneh sebentar dan boleh tutup api.
6) Biar sejuk sedikit baru diblend halus. Either nak pakai blender atau pakai hand mixer.

7) Boleh dihidangkan dengan meatball RAMLY atau sebarang meatball.


Nota:
* Tak perlu garam kerana sos tiram dam kiub ayam serta daging sudah bergaram.
* Kalau uoll tak de whipping cream, jangan risau. Resepi asalnya guna susu segar 3 cawan. Tapi Liez pakai whipping cream.Kalau guna susu segar ,tepung kena 3 sudu besar ye.
* Lada hitam ikut kepedasan masing-masing. Klau kira Ikea tu takde rasa pepper langsung. Rasa garam pun takde.....hihihihi
* Liez penah beli meatball dekat kedai Az Zain... Ada satu brand under Mawaddah..Memang sedap meatballnya. RAMLY punya pun sedap


Meatball Mawadah yang sedap itu...

Post a Comment

Terbaru Lebih lama

Iklan In-Feed (homepage)

" target="_blank">Responsive Advertisement