JEREBU KEMBALI DI KUALA LUMPUR, SHAH ALAM

SHAH ALAM - Jerebu yang kerap melanda negara pada pertengahan tahun dilaporkan kembali berulang tengah hari ini. Jarak penglihatan di sekitar ibu negara dan Shah Alam juga kelihatan agak kabur dan berasap.

Laman web Jabatan Alam Sekitar menunjukkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di seluruh negara jam 1 petang ini pada paras sederhana iaitu kurang daripada 100 di beberapa kawasan. Antaranya Cheras mencatatkan IPU 56, Petaling Jaya 72, Pelabuhan Klang 66, Shah Alam 71.

Bacaan IPU antara 0-50 dikategorikan sebagai baik, 51-100 (sederhana), 101-200 (tidak sihat); 201-300 (sangat tidak sihat) dan 301-400 sebagai berbahaya.

SUMBER : SINAR HARIAN
Bersedialah kita untuk menghadapi cuaca yang tidak sihat ini untuk kesekian berapa kali tak tau la..

Post a Comment

Terbaru Lebih lama

Iklan In-Feed (homepage)

" target="_blank">Responsive Advertisement