SEKADAR RENUNGAN : PERKARA YANG MEROSAKKAN AKIDAH

Assalammualaikum w.b.t.

  • Percaya sial 
  • Menghina hukum - hakam
  • Merasakan hukum-hakam Islam tidak sempurna
  • Horoskop
  • Jumpa bomoh
  • Meniru amalan orang kafir
  • Tangkal
  • Bermain-main dengan agama
  • Cinta makhluk melebihi cinta Allah
Jadi berhati-hatilah dalam setiap apa jua yang kita lakukan. Mungkin tanpa kita sedar, kita telah melakukan salah satu perbuatan yang dinyatakan di atas ni. Lebih-lebih lagi TANGKAL..Yaya pasti ramai daripada kita yang buat/ada tangkal. Jika tidak pada diri sendiri, ada pula pada anak/bayi yang masih kecil, betul tak?

Contoh anak kecil yang selalu menangis, bawa jumpa sesiapa, pawang ke, bomoh ke kemudian mereka bagi tali yang berwarna hitam dan di ikat pada tangan / kaki ataupun pada pinggang anak kecil itu. Ibu bapa ni pula percaya saja dengan mereka dengan membiarkan tali itu diikat pada anak mereka. Tahu tak dengan cara begitu, kita telah dianggap mempercayai bahawa TALI tersebut dapat melindungi anak kita daripada terkena gangguan dari makhluk?? Sekaligus ia boleh merosakkan akidah kita dan tidak mustahil boleh jatuh kepada SYIRIK..! Na'uzubilah! Mohon kita semua dijauhkan daripada perkara-perkara yang boleh merosakkan IMAN kita yang sering sahaja turun naik ini..

Sama-sama kita selalu muhasabah diri, berzikir mengingati DIA, dalam apa jua keadaan, susah atau senang, hanya DIA yang dapat memberi pertolongan pada kita, hanya DIA dapat melindungi kita kerana DIA yang Maha Berkuasa, DIA yang Maha Menguasai seluruh makhluk dimuka bumiNYA ini. Tidak akan terjadi sesuatu perkara itu jika tanpa dengan keizinan dariNYA..jadi, sama-samalah kita beringat ye. Moga ALLAH SWT melindungi kita semua,para hambaNYA yang sangat lemah iman ini. Aminn..

Moga bermanfaat.
Sekian,Wassalam..

Post a Comment

Terbaru Lebih lama

Iklan In-Feed (homepage)

" target="_blank">Responsive Advertisement