8 LANGKAH KEMPISKAN PERUT

Assalammualaikum w.b.t.

Mata + hati ni makin sakit tiap kali tengok diri dalam cermin..Makin hari makin berisi..huwaaaa >,< Hmm..semua ni start bila Yaya mula makan di malam hari dan juga makan dalam kuantiti yang luar dari kebiasaan Yaya sebelum ni..no wonder pon berat naik..semua baju n seluar sebelum ni pon banyak yang da tak boleh muat..salah siapa??saah baju dan seluar tu lah!da jadi kecik! lol >o< huuuu

So, sekarang masih dalam proses cuba untuk mengurangkan kembali berat kepada yang sebelum ni..Yaya share 8 tips kat bawah ni yang Yaya copy paste dari internet jugak..hehe supaya kita semua boleh amalkan ok..amalan untuk badan yang lebih ringan dan sihat! ^_^

1. Jaga saiz hidangan
Penjagaan dalam pemakanan adalah segala-galanya dalam proses nak kempiskan perut. Exercise la macam mana pon tapi kalau pemakanan tak jaga memang tak guna. Rajin ke nak kira kalori intake setiap hari?

Tau, susah sangat nak konsisten kan. Kalau boleh buat, bagus dan teruskan. Tapi kalau nak senang, just jaga saiz hidangan kita. Kita sendiri boleh tau kita makan ni banyak ke sikit. Jangan melampau dalam makan dan cuba tahan and control nafsu kita k. Jangan risau, kalau tak dapat merasa makanan tu hari ni, esok lusa still boleh makan lagi

2. Makan lemak sihat
Kalau dengar perkataan lemak, mesti kita terbayang benda-benda yang tak elok dan sangat negatif k. Jangan misleading, nak kempiskan perut, lemak memang sangat membantu, tapi lemak yang baik la. Contoh lemak baik :

1. Kacang-kacang
2. Avocado
3. Omega 3 fish oil

3. Pilih karbohidrat kompleks
Karbohidrat kompleks akan lalui proses penghadaman yang lebih lama so dia buatkan kita tahan kenyang lebih lama. Contoh karbohidrat kompleks :

1. Roti wholemeal
2. Beras perang
3. Brocolli
4. Muesli
5. Oats

4. Tukar sarapan yang lebih sihat
Sarapan sememangnya hidangan yang paling penting dalam kehidupan seharian kita. Tabiat pemakanan kita sepanjang hari dipengaruhi oleh apa yang kita makan waktu breakfast. Sarapan karbohidrat tinggi macam nasi, mee, roti canai akan menyebabkan kadar gula dalam darah naik, dan kita akan rasa mudah lapar.

So pilih breakfast yang bagus iaitu protein yang mudah dicerna kerana ianya akan mengawal kadar gula dalam darah sepanjang hari. Yang paling mudah dan sihat of course protein shake.

5. Hadkan pengambilan makanan manis
Rasanya semua tahu gula yang kita makan kalau tak digunakan akan disimpan menjadi apa?
Ye, LEMAK. Dekat mana lemak ni tersimpan? Ye, mostly bahagian PERUT.

6. Pastikan kita ambil kalsium yang cukup
Kajian menunjukkan jika kurang kalsium dalam badan, sejenis compound yang dipanggil calcitriol akan terhasil dalam badan, dimana benda ini akan meningkatkan penghasilan sel lemak.
Pastikan kalsium mencukupi dengan mengambil produk tenusu tetapi kena berjaga-jaga dari segi kalorinya.

7. Lakukan senaman plank 30 saat sehari
Senaman plank sememangnya senaman yang efektif untuk meningkatkan kekuatan pusat badan kita.

8. Kurangkan pengambilan garam dan minum air kosong banyak-banyak
Cuba la buat sikit-sikit, amalkan mana yang patut. Kalau boleh buat semua lagi bagus.

Semoga bermanfaat. 
Sekian,Wassalam =)

Post a Comment

Terbaru Lebih lama

Iklan In-Feed (homepage)

" target="_blank">Responsive Advertisement